Dalam projek telefilem terbitan Usanita untuk platform UTV, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 32, bakal bergandingan dengan tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, yang berkongsi perkara itu berkata, dia sangat teruja dengan peluang tersebut kerana ia adalah kolaborasi sulungnya bersama syarikat berkenaan, namun buat masa ini masih menantikan tarikh rasmi penggambaran.
"Sebenarnya ini kali pertama saya bersama Usanita. Untuk projek UTV ini, saya memang teruja dan menantikan peluang ini. Cuma, kita belum tentukan tarikh dan cerita macam mana.
"Jadi, kita tidak boleh jelaskan lebih-lebih. Tetapi, Insya-Allah memang kami sudah bersetuju dan sudah lama kami hendak adakan kolaborasi ini," katanya.
Klik untuk gambar besar
"Saya masih menunggu tarikh yang sesuai. Saya ada sedikit mas@lah dengan penyusunan tarikh, jadi saya tidak mahu menyus@hkan produksi di kemudian hari," ujarnya.
Sementara itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar ini turut menyatakan kesediaannya untuk menyokong Bella dalam projek terbabit meskipun fokus utamanya sebagai wakil rakyat.
"Saya tetap fokus di dalam Parlimen. Dalam peranan ini, saya akan menjadi pasangan yang paling menyokong (untuk Bella).
"Mungkin saya akan dih£ret seperti Mike Myers yang perlu menari, apa pun saya akan cuba lakukan yang terbaik buat Bella," tuturnya berselor0h.
Disamping itu, Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Usanita, Datuk Adzliana Hasan memberitahu, pihaknya sudah lama berhasrat untuk menyatukan dua personaliti berp£ngaruh itu dalam satu naskhah.
"Mereka akan muncul dalam sebuah telefilem di platform UTV tidak lama lagi dan penggambaran dijangka bermula dalam masa terdekat.
"Saya fikir ini sebagai satu naratif yang baik kerana peminat pasti mahu melihat bakat lakonan mereka di kaca televisyen (TV), bukan sekadar di media sosial sahaja.
"Saya juga sudah lama mengintai mereka (Bella dan Syed Saddiq), cuma sebelum ini saya tidak mendapat masa yang sesuai. Jadi, ini masa yang saya dapat.
"Alhamdulillah, Bella juga akan menjadi sal@h satu wajah bagi kolaborasi akan datang dan kami amat berharap Syed Saddiq dapat turut serta dalam projek ini," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment