17 April 2026

"SAYA JUGA TAK FAHAM KENAPA LELAKI TAKUT DENGAN ISTERI" - IQRAM DINZLY AKUI TR4UMA NAK KAHWIN SELEPAS LIHAT RUMAH TANGGA NAMPAK BAHAGIA TAPI AKHIRNYA BERCERAI



"Ada juga perasaan takut untuk berkahwin sebab saya berpeluang melihat rahsia di sebalik sesebuah perkahwinan itu.

"Contohnya saya pernah melihat keburukan di sebalik kemanisan rumah tangga yang berlaku dalam kalangan sahabat serta saudara-mara saya.

"Ada juga yang sebelum tidur berpeluk dan bercium tapi keesokan paginya bercerai. Jadi perkara itu membuatkan saya seakan tr@uma."

Demikian kata pelakon Iqram Dinzly menerusi satu p0dcast, di mana dia mengakui ada perasaan takut untuk mendirikan rumah tangga.

Ujar Iqram, rasa tr@uma itu timbul selepas melihat sendiri k0nflik rumah tangga melibatkan orang sekeliling, lebih-lebih lagi ada rumah tangga dilihat bahagia namun tiada angin tiada ribut pasangan tersebut bercerai.

Klik untuk gambar besar

Ulasnya lagi, dia tidak mahu isteri yang mengawal selepas melihat kebanyakan para suami zaman sekarang takut dengan isteri.

"Selain itu saya lihat kebanyakan suami seakan lebih lemah berbanding perempuan, tak tahu kenapa. Saya juga tak faham kenapa lelaki takut dengan isteri.

"Bila nampak itu, saya fikir balik yang takkanlah bila kahwin kita yang suami kena tunduk dengan isteri.

"Saya tak suka perkara itu dan bagi saya tak ada istilah kawal, ia lebih kepada sama-sama bekerjasama. Jadi sekiranya kahwin saya tak nak ada isteri yang 'controller'..." ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: