"Selepas tidak lagi mendapat royalti, saya tidak boleh hendak buat apa-apa kerana perlu mengikut undang-undang sudah ditetapkan. Sekarang, saya berserah kepada Tuhan sahaja.
"Jadi, saya kini hanya berharap kepada bantuan daripada JKM dan Zakat yang diterima setiap bulan. Bagi bantuan JKM sebulan sekali dapat RM600 dan Zakat pula (RM400).
Demikian kata anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 68, di mana dia pasrah meneruskan kehidupan bersama isteri, Hamidah Hitam, 64, dengan bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sazali akur tempoh perlindungan r0yalti karya seni arwah bapanya yang diurus Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) selama 50 tahun tamat pada 2023.
Klik untuk gambar besar
"Apapun, bagi menampung keperluan saya dan isteri setiap bulan maka kami menggunakan wang bantuan diterima daripada JKM dan Zakat itu secara berhemah untuk mempunyai simpanan sendiri.
"Ini kerana, saya dan isteri mempunyai mas@lah kesihatan serta sehingga kini setiap setahun sekali kami perlu berjumpa doktor pakar di hospital di Cheras, Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan.
"Saya perlu berjumpa doktor di bahagian peny@kit asma dan jantung, manakala isteri pula harus bertemu pakar tulang belakang serta saraf. Biasanya, kami berdua ke hospital menaiki kereta 'grab'," jelasnya.
Bagaimanapun, Sazali berkata, dia dan isteri bersyukur kerana mereka masih disantuni oleh persatuan-persatuan muzik yang prihatin menghulurkan bantuan termasuk daripada kenalan rapat apabila diperlukan.
"Saya berterima kasih juga kepada persatuan-persatuan seni dan muzik tanah air yang kadangkala hadir membantu saya serta isteri menerusi bantuan kewangan dihulurkan. Begitu juga kepada kenalan terdekat.
"Alhamdulillah, kami berdua masih tidak dilupakan untuk dibantu walaupun bukan selalu. Tetapi, saya amat berterima kasih kerana kalau hendak bekerja pun saya memang sudah tidak larat disebabkan faktor usia dan kesihatan," ujarnya.
Untuk makluman, Allahyarham P Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 dan pada tarikh ini sekitar tiga tahun lalu maka tamat sudah k0ntrak perjanjian r0yalti daripada MACP diterima waris Seniman Agung itu yang dimeterai selama 50 tahun pemergiannya.
Sepanjang tempoh 50 tahun itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987 menjelaskan r0yalti daripada karya lagu P Ramlee diagihkan kepada waris iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.
Kemudian, r0yalti berkenaan diagihkan pula kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.
Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, k0ntrak r0yalti yang diuruskan MACP sebagai badan pengutip royalti berdaftar itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali sehingga berakhir pada 2023 lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment