25 April 2026

"SEKADAR KISAH ANTARA ABANG & ADIK... KITA INI MANUSIA BIASA, BUKAN SEMPURNA" - LIZA HANIM



"Saya sebenarnya tidak ada apa lagi untuk diulas. Apa yang berlaku itu boleh dikatakan sekadar kisah antara abang dan adik. Semuanya sudah diselesaikan dengan baik dalam suasana yang tenang. 

Kita ini manusia biasa, bukan sempurna. Jadi apabila sudah berbincang dan bercakap dengan abang (Ameng) serta kakak (Sabariah), semuanya dapat diselesaikan.

"Bagi saya, perkara paling penting adalah bertenang. Sebab itu saya juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yang ingin mendapatkan komen."

Itulah ujar penyanyi Liza Hanim, 47, selepas kemunculannya pada majlis Rumah Terbuka Jodoh Lebaran - Aisha Retno di Royal Selangor Gallery, Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, hari ini mendapat perhatian ramai.

Ini kerana Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, yang kelihatan ceria dalam majlis itu berdepan dengan k0nflik bersama penyanyi Ameng Spring baru-baru ini sebelum kemudiannya berdamai.

Dalam pada itu, Liza yang tidak keberatan diundang oleh Aisha untuk beraksi diatas pentas bersama-sama penyanyi lain, menganggap pers£lisihan faham antara dia dan Ameng ibarat 'perg@duhan' antara adik dan abang.

Klik untuk gambar besar

Malah, penyanyi lagu 'Siapa Sangka Siapa Menduga' ini juga sudah memohon maaf kepada Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, dan isterinya, Sabariah Zakariah.

Berhubung itu, Liza berkata, dia memilih untuk berdiam diri dan berharap semua pihak dapat memahami kerana dia perlu menenangkan diri terlebih dahulu.

"Jika kita bercakap dalam keadaan em0si dan tidak berfikir dengan jelas, macam-macam boleh terjadi.

"Kami pasti akan berjumpa selepas ini. Tambahan pula sekarang sedang musim pertandingan, jadi lambat laun kami akan bertemu juga.

"Secara peribadi, saya lebih suka jika dapat bertemu secara bersemuka, namun, mungkin masing-masing ada kekangan," katanya.

Liza dalam masa sama turut bersyukur apabila ramai meninggalkan komen p0sitif buat dirinya, selain mendoakan agar k0nflik berkenaan dapat diselesaikan dengan baik. 
"Apabila membaca komen yang ditinggalkan, saya rasa sangat dihargai dan disayangi, bukan sahaja oleh peminat, malah rakan artis.

"Industri kita ini kecil, jadi sokongan itu sangat bermakna. Terima kasih kepada semua dan saya berharap kita dapat terus menjaga keharmonian dalam industri ini, Insya-Allah," tuturnya.

Pada Rabu lalu, Ameng mendakwa kenyataan dan pesanan yang ditujukan kepada anaknya, Azeva Natassha yang bertanding dalam satu program pertandingan nyanyian disal@h anggap oleh Liza.

Ujar Ameng, pesanan yang diberikan menerusi sesi siaran langsung itu bersifat umum dan tidak menjurus kepada mana-mana pihak.

Sebelum itu, industri hiburan tanah air k£coh apabila Liza meluahkan rasa terkil@n dengan mendakwa seorang penyanyi senior memperlek£hkan kemenangan anaknya dalam progran tealiti televisyen, baru-baru ini.

Bagaimanapun, langkah perdamaian yang diambil kedua-dua belah pihak semalam menerima pujian ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: