"Saya tak pernah buka mulut (mengenai keinginan berkahwin sekali lagi). Tapi saya ada terfikir juga perkara itu.
Saya fikir, macam mana bila saya m@ti nanti. Saya terfikir kalau jasad sudah tiga atau empat hari dalam rumah dan tiada orang nak beritahu."
Demikian jelas pelakon veteran, Harun Hashim, 70, di mana akuinya, dia pernah terdetik untuk kembali mendirikan rumah tangga setelah hampir dua tahun hidup sendirian selepas pemergian isteri tercinta.
Kata Harun, keinginan itu timbul memandangkan dirinya memerlukan peneman untuk menjaga kebajikan dirinya, selain dia juga bimbang jika berlaku perkara tidak diingini tanpa pengetahuan sesiapa.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Harun menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir dan terbuka jika ada individu yang ikhlas mahu menjadi teman hidupnya.Dalam pada itu, jelas Harun lagi, anak-anaknya juga tidak pernah menghalang sekiranya dia ingin mencari pengganti, malah hubungan mereka tetap akrab seperti biasa.
"Anak saya hanya melayan saya macam biasa sahaja. Anak cuma membantu menjaga makan minum dan ubat-ubatan saya di rumah," katanya.
Ujar Harun lagi, dia tetap bersyukur kerana anak-anak sering datang menjenguknya walaupun mengakui kehidupannya kini agak sunyi selepas kehilangan arwah isteri. Malah tuturnya, dia lebih selesa menetap di rumah sendiri berbanding tinggal bersama anak-anak kerana mahu mendapatkan ketenangan.
"Hidup sekarang memang sunyi kerana dulu ada arwah isteri tetapi sekarang saya tinggal sendirian.
"Anak memang ada mengajak saya tinggal bersama mereka tapi saya lebih suka hidup sendirian sebab tidak ada g@ngguan," maklumnya.
Untuk makluman, isteri Harun iaitu Allahyarham Sakinah Ganjali menghembuskan nafas terakhir pada 21 November 2024 pada usia 48 tahun akib@t kans£r payud@ra tahap empat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment