25 April 2026

AL-FATIHAH - BAPA MENTUA SHUKRI YAHAYA DIJEMPUT ILAHI



Pagi tadi, bapa mentua kepada pelakon Shukri Yahaya, 37, iaitu Allahyarham Ahmad Adnan Ishak dilaporkan telah meninggal dunia. 

Berita sedih itu dikongsikan Shukri atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Yahaya, menerusi hantaran di media sosial miliknya.

"Assalamualaikum. Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa bapa mentua saya, Ahmad Adnan telah kembali ke rahmatullah pagi ini," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran yang lain, Shukri memaklumkan, jenazah arwah bapa mentuanya dibawa ke Surau Mukhlisin TPS 2 di Semenyih.

"Urusan mandi jenazah dijangka sebelum Zohor dan solat jenazah juga dijangka dibuat selepas Zohor sebelum dibawa ke tanah perkuburan," tuturnya. 
Shukri dalam masa sama turut memohon orang ramai untuk mendoakan semoga roh arwah bapa mentuanya itu ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

"Mohon doa dari semua agar rohnya dicucuri rahmat, diampunkan d0sa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.

Sementara itu, isteri Shukri iaitu Tya Adnan dalam perkongsian di media sosial miliknya juga berkongsi hantaran sama, namun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai peny@kit dan punca kem@tian arwah bapanya itu. 
________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: