25 April 2026

STATUS RUMAH TANGGA - KAKA AZRAFF KUNCI MULUT ISU KEMBALI GOYAH, TUNGGU WAKTU SESUAI KONGSI



"Kalau boleh saya nak kurangkan bercerita hal peribadi. Tapi apa yang saya boleh cakap, doakanlah yang baik-baik. 

"Saya tak tahu macam mana nak jawab status saya sekarang. Perkara itu pun sangat privasi bagi saya.

"Tapi kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi. Status itu saya tak boleh nak dedahkan sekarang."

Itulah kata penyanyi Kaka Azraff, 36, di mana dia memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas sebarang khabar angin berkait rumah tangganya bersama suami iaitu Adam Azriff.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, berkata demikian selepas rumah tangganya itu kini didakwa kembali bergolak selepas dikatakan sudah kembali rujuk pada awal tahun ini.

Klik untuk gambar besar

Tutur Kaka, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai kisah peribadi buat masa ini dan memohon orang ramai mendoakan agar urusannya itu dipermudahkan.

Dalam pada itu, jelas Kaka lagi, dia akan mendedahkan perkara sebenar apabila tiba waktu yang sesuai, meskipun muncul pelbagai sp£kulasi ketika ini.

"Bila semuanya sudah selesai, saya pasti akan berkongsi dengan semua. Cuma sekarang ini, saya perlu menghormati dan tak dapat nak kongsi banyak," ujarnya.

Disamping itu, Kaka turut tampil menafikan hantaran di aplikasi Thr£ads yang dimuat naiknya ada kaitan dengan isu rumah tangganya.

Jelas penyanyi itu lagi, perkongsian tersebut bukanlah gambaran kepada situasi peribadi, sebaliknya sekadar sokongan kepada individu lain yang sedang berg£lut dengan mas@lah dalaman. 
"Perkongsian itu sebenarnya berkaitan dengan karya saya. Ianya tentang perjalanan diri sendiri. Saya rasa ramai yang boleh faham. Terutama mereka yang sudah berumah tangga, kerana ianya bukan perkara yang mudah.

"Saya mahu jadi suara untuk mereka. Tak sal@h untuk saya kongsi 'quotes'. Sebab apa yang saya kongsi, bukan saya saja yang rasa. Ramai orang di luar sana rasa perkara yang sama.

"Bukan pengalaman peribadi. Ia semua hanyalah perspektif. Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang banyak bercerita tentang rumah tangga.

"Bila saya dengar, saya rasa seolah-olah dalam situasi mereka. Saya nak beri mereka kekuatan untuk t£mpuhi ujian yang sedang dihadapi," ulasnya.

Untuk makluman, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: