25 April 2026

DALAM USAHA BAIKI RUMAH - YANTZEN PERLU BANTUAN UNTUK PULIHKAN, ENGGAN TERIMA WANG RINGGIT



"Saya cuma perlukan bantuan untuk baiki mana yang patut sekiranya ada pihak-pihak yang prihatin dan sudi bantu pulihkan rumah ini. 

Kosnya saya tidak pasti kerana nanti tersal@h sebut jadi andaian yang tidak sihat. Saya cuba juga baiki sendiri beberapa kerosakan tetapi tenaga tak mampu untuk buat."

Demikian ujar bekas vokalis kumpulan rock Rusty Blade dan May, Yantzen Juniwan, 68, di mana dia hanya memerlukan bantuan untuk memperbaiki kerosakan rumah yang agak t£ruk dan bukan bantuan wang ringgit.

Itu pendirian Yantzen ketika mengulas mas@lah dilalui selepas rumahnya di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat terbabit dengan banjir besar pada 18 Disember 2021.

Jelas penyanyi lagu 'Tiada Lagi Aku' ini, banyak yang perlu dibaiki membabitkan longkang tersumbat, lantai p£cah, syiling runtuh dan pelbagai mas@lah lain.

Terdahulu, Yantzen memberitahu, dia masih p0sitif untuk membaiki kelengkapan rumahnya seperti sofa, almari dan perabot.

Klik untuk gambar besar

Meskipun begitu, Yantzen tidak berputus asa dan sedih dengan apa yang dilaluinya, sebaliknya berusaha menjadikan rumahnya sempurna sedikit demi sedikit walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.

Difahamkan, rumah terbabit dibina dengan kos sekitar RM130,000 dan siap dalam tempoh tiga bulan oleh kontr@ktor yang diupah, manakala reka bentuknya dihasilkan sendiri oleh Yantzen.

Dalam pada itu, Yantzen yang mendiami kediaman berkenaan sejak 10 tahun lalu berkata, rumah yang mempunyai empat bilik dan loteng khas sebagai tempat untuk bertafakur itu dibina khas untuk anak lelakinya, Alif Ronan.

Maklumnya lagi, ia akan diserahkan kepada anak tunggalnya itu apabila tiba waktunya nanti.

Sementara itu, mas@lah yang dihadapi Yantzen mendapat perhatian jawatankuasa zakat Masjid Al Ehsan Kampung Sungai Serai, Hulu Langat.

Mereka sudah mengunjunginya dan melihat dari sudut mana boleh menyalurkan bantuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: