25 April 2026

BILA INTAN NAJUWA MENGIDAM SESUATU YANG PELIK, ANTARANYA NAK MINUM SABUN CUCI PINGGAN



"Mengidam nak makan pencuci pinggan perisa lemon sebab tertarik dengan bau lemon yang segar sangat sampai rasa nak minum. Tapi masih selamat, belum pernah minum. Teringin, jadi ambil bau saja." 

Demikian kata pelakon Datin Intan Najuwa, di mana dia yang kini sedang hamil anak kedua itu mengidam sesuatu yang pelik dan luar biasa.

Intan yang berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial, berkata, dia terasa mahu makan pencuci pinggan mangkuk kerana tertarik dengan bau lemon.

Klik untuk gambar besar

Intan bagaimanapun berselor0h mengatakan masih selamat lagi kerana tidak berbuat demikian dan hanya mengambil bau sahaja.

Bukan itu sahaja, Intan turut berkongsikan, dia banyak menghabiskan masa berjam-jam di bilik kasut kerana suka dengan bau kotak kasut dan kasut kulit. 
Selain itu, akui Intan, dia juga gemar mengunyah ais sepanjang masa kerana mahukan rasa yang rangup dan sejuk.

"Setiap jam kena cari bau kotak kasut baru atau kulit kasut. Memang gil@ setiap jam saya duduk dalam bilik kasut.

"Kunyah ais 24 jam sebab selalu nak gigit benda rangup dan sejuk. Semuanya selamat, saya buat pemeriksaan, tiada an£mia atau tiada kekurangan zat besi. Hanya teringin benda rangup dan sejuk setiap masa," tulisnya. 
________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: