Anak sulung kepada penyanyi Datuk Awie iaitu Putri Aleeya Antasha, 26, yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan itu tampil men£gaskan dia tidak menggunakan populariti bapanya untuk menceburi bidang seni.
Jelas Putri, dia tetap melalui proses yang sama seperti pelakon lain termasuk menghadiri sesi uji bakat, meskipun ada tawaran datang daripada kenalan bapanya.
T£gasnya lagi, tidak semua perkara boleh diperoleh dengan cara 'kabel' atau orang dalam terutama dalam lakonan.
Klik untuk gambar besar
"Bukanlah orang tawarkan satu karakter, saya terus dapat. Mereka tetap akan tengok macam mana saya berlakon kerana saya masih baharu dan belum pernah muncul di mana-mana televisyen.
"Kalau saya kayu atau 'hauk', tentu tiada orang nak ambil. Jadi nak cakap saya guna kabel, bagi saya tak semuanya boleh guna kabel," katanya yang juga mengakui berasa sedikit g£run membawa nama besar bapanya kerana bimbang dengan persepsi orang ramai.
Dalam pada itu, Putri memberitahu, sekiranya mahu kekal relevan dalam industri, dia perlu mengikuti nasihat bapanya agar mengutamakan tiga perkara penting.
"Sebagai anak saya tahu daddy sangat pentingkan adab, cara bawa diri dan disiplin. Perkara kecil macam itu pun daddy sangat titik beratkan sebab kita bekerja dengan orang.
"Perkara itu perlu dijaga kalau nak kekal lama dalam industri atau di mana-mana tempat kerja, tiga perkara itu memang kena ada," kongsinya yang pertama kali membuat kemunculan di drama bersiri 13 episod yang berjudul 'Dorm 403' yang bersiaran di TV3 bermula 16 April ini.
'Dorm 403' mengisahkan tentang kehidupan para pelajar di Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah sekolah berasrama penuh yang digemparkan dengan kehilangan misteri Sheikh yang dilakonkan oleh Zairi Aziz, anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma (Dynas Mokhtar).
Apa yang pada awalnya dilihat sebagai kisah biasa remaja, termasuk persahabatan, cinta dan k0nflik harian, akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi yang membuka lembaran rahsia gelap yang sekian lama tersembunyi.
Selain Putri, drama itu juga dibintangi Muaz Zabir, Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli, Noki, dan Dynas Mokhtar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment