29 April 2026

TIBA DI MAHKAMAH UNTUK PENGESAHAN LAFAZ CERAI - MARISSA DANIA & ASLAM TIDAK BERPEGANGAN TANGAN MESKIPUN HADIR BERSAMA



Bagi permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk hari ini, pemp£ngaruh kontr0versi, Marissa Dania Hakim, 21, dan suaminya, Ahmad Aslam, 27, telah tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Marissa dan Aslam tiba sekitar jam 9.50 pagi tadi bagi mengikuti pr0siding yang dijadualkan bermula 10 pagi di hadapan Hakim Syarie Nadiah Khamis.

Marissa yang mengenakan busana berona biru bercorak bunga itu dilihat tidak berpegangan tangan dengan Aslam yang berpakaian baju berkot coklat, meskipun hadir bersama.

Ketika disapa wartawan, pasangan yang ditemani peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakili Aslam, hanya mengunci mulut sebelum terus memasuki kamar mahkamah.

Sebelum ini, Muhammad Ammar dilapor berkata, anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Jelas Muhammad Ammar, Aslam atau nama penuhnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

Terdahulu, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.

Bagaimanapun, pada April lalu, Marissa menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, dalam fasa perpisahan dengan keputusan n£kad cerai.

Pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah ini bagi tujuan pengesahan pernikahan mereka selepas berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Difahamkan, ketika perkahwinan itu Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan dan perkahwinan berkenaan didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga termasuk ibu bapa Marissa iaitu Norman dan Abby Abadi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: