29 April 2026

AISHAH TAK MELAT4H SUARA NYANYIAN DIBANDINGAN DENGAN YANG DULU : "YANG MUDA-MUDA BELUM TENTU BOLEH NYANYI LAGU SAYA, JANGANLAH KUTVK ORANG YANG BERUSIA 61 TAHUN INI"



"Kadang-kadang orang terlalu krit1kal tentang nyanyian saya, sedangkan yang muda-muda pun belum tentu boleh menyanyikan lagu saya. Janganlah nak kutvk orang yang sudah berusia 61 tahun ini.

Itulah kata penyanyi Datuk Aishah, di mana dia tidak melat@h jika kemampuan nyanyiannya pada usia 61 tahun dibandingkan dengan persembahan ketika zaman muda.

Ujar Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, krit1kan segelintir pihak yang membuat perbandingan terhadap kualiti vokalnya kini dengan awal pembabitannya dalam industri hiburan adalah sesuatu yang tidak realistik.

Klik untuk gambar besar

Ulasnya lagi, apabila usia semakin meningkat, perubahan suara adalah perkara semula jadi yang tidak dapat dielakkan.

Dalam pada itu, Aishah mengakui, mungkin terdapat kekurangan daripada segi vokal, namun pengalaman serta kematangan dimiliki menjadi nilai tambah dalam penyampaian lagu.
"Secara realistiknya, tanyalah mana-mana guru vokal, sudah tentu suara akan berubah. Kita tak boleh jangka suara 40 tahun lepas akan kekal sampai sekarang.

"Pada usia 61 tahun ini, saya ada kematangan dan penghayatan yang lebih. Itu yang saya tak ada masa muda dulu.
"Sebagai contoh lagu Wajah, penghayatan saya sekarang sangat berbeza berbanding ketika umur 20-an dulu," tuturnya.

Berhubung perubahan yang berlaku, Aishah berharap peminat dapat memahami serta meraikannya selari dengan perjalanan usia dan pengalaman hidup seseorang penyanyi.
"Mula-mula saya terasa juga bila orang cakap begitu. Tapi bila difikirkan semula, memang tak masuk akal. Mana ada orang umur 40 tahun akan sama seperti dulu.

"Saya harap peminat dapat menerima dan menghargai perbezaan ini. Tapi kalau ada nasihat yang baik, saya akan ambil," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: