"Selamat ulang tahun kedua sayang ❤️
"Maaf ayah takde kat sini time birthday Hawra ni. Cari rezeki jauh sikit Allah bagi. Ayah love u so much. Miss u soo much.
"Maaf tahun ni lain sikit dari tahun lepas tapi ayah doa hawra jadi anak solehah, bijak and sihat.
"Thank you ibu lahirkan and jaga Hawra. Allah je dapat bal@s," itulah tulis pelakon Kamal Adli buat puteri kesayangannya, Hawra Uqaira sempena hari lahirnya yang ke-2 tahun hari ini, 27 April.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Kamal memuat naik video yang mengimbas kenangan dia bersama anaknya ketika bayi hingga sekarang.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut akaun media sosial Kamal meluahkan rasa sebak, selain mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan Hawra menjadi anak yang solehah.
Untuk makluman, Kamal sah bercerai talak satu dengan isterinya, pelakon Uqasha Senrose pada 12 Januari 2026 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas empat tahun berkahwin. ________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





























No comments:
Post a Comment