01 May 2026

ANAK TUNAI HASRAT ARWAH MARIA MENADO MAHU 'PULANG' BUAT KALI TERAKHIR SEBELUM DIKEBUMIKAN - CUCU KATA ARWAH NENEK PENTINGKAN INTEGRITI, AMANAH & SANGAT TELITI



Pada jam 6.35 petang semalam, jenazah seniwati legenda Tanah Air, Allahyarham Maria Menado atau nama asalnya, Liesbet Dotulong, 94, telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di mana ia dihadiri lebih 50 orang termasuk ahli keluarga, rakan seni dan kenalan terdekat bagi memberi penghormatan terakhir. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib serta beberapa pelajar dari Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia, Sungai Besi.

Sementara itu, anak keempat arwah Maria Menado iaitu Tengku Datuk Sri Idris Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, 60, berkata, hasrat arwah ibunya yang mahu dibawa pulang ke kediamannya buat kali terakhir sebelum dikebumikan itu akhirnya ditunaikan oleh ahli keluarga, semalam.

Ujar beliau lagi, dia menyifatkan pesanan tersebut sebagai amanah yang perlu dilaksanakan sebaik ibunya menghembuskan nafas terakhir.

"Arwah tidak menyatakannya secara terang, namun dia pernah berpesan, jika dia meninggal dunia, dia mahu dibawa pulang ke rumah terlebih dahulu.

Klik untuk gambar besar

"Jadi tadi kami dari hospital terus singgah ke rumah dulu untuk bacaan Yasin dan sebagainya, kemudian baru dibawa ke sini. Pesanan itu memang diceritakan kepada semua anak-anak," katanya yang menyifatkan ibunya itu sebagai seorang wanita yang cekal dan penyayang.

Dalam pada itu, jelas beliau, mereka sekeluarga sudah bersedia dengan pemergian itu memandangkan pihak doktor sudah memaklumkan keadaan kesihatan Allahyarham yang semakin mer0sot sebelum ini.

Maklum Tengku Datuk Sri Idris lagi, hubungan mereka adik-beradik dengan Allahyarham sangat akrab dan rutin berkumpul setiap hujung minggu tidak pernah diab@ikan.

"Allahyarham seorang ibu yang sangat penyayang dan wanita yang kuat. Hubungan kami memang rapat, malah setiap Ahad kami tidak akan gagal untuk berkumpul di rumahnya," tuturnya.

Sementara itu, cucu lelaki pertama Allahyarham iaitu Dr. Ridzuan Kushairi Mohd Ramli, 52, memberitahu, seniwati tersohor itu menghembuskan nafas terakhir selepas bert@rung nyawa selama 16 hari di hospital akib@t s£rangan str0k kedua. 
"Arwah terkena str0k kedua yang agak krit1kal. Selepas 16 hari bert@rung nyawa, badannya akhirnya tidak kuat memandangkan usianya sudah mencecah 94 tahun, walaupun jiwanya sangat k£ntal.

"Str0k pertama berlaku tahun lalu, dan s£rangan kali kedua ini menyebabkannya dirawat di hospital selama kira-kira tiga minggu," jelasnya yang juga berkongsi keperibadian neneknya, di mana Allahyarham adalah seorang yang sangat mementingkan integriti, amanah dan sangat teliti terutama dalam soal masakan.

"Arwah seorang yang penyayang dengan cara orang lama, t£gas dan sangat teliti. Kalau masakan kegemaran kami seperti lontong pada hari raya, cara menghirisnya pun ada teknik tersendiri dan tidak boleh dipotong sembarangan.

"Arwah juga selalu berpesan mengenai amanah. Arwah pernah cerita, walaupun sekadar nilai tiga dolar, setiap sen akan dipulangkan semula. Nilai integriti itulah yang diterapkan kepada kami semua," katanya lagi.

Terdahulu, Allahyarham Maria Menado yang meninggalkan lima anak, 15 cucu dan tujuh cicit itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.25 tengah hari tadi di Hospital KPJ Damansara Specialist.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: