01 May 2026

DUA KALI BERDEPAN KEGAGALAN RUMAH TANGGA - SHARIFAH ALEYA REDA, BESYUKUR KINI DAPAT LUANG MASA BERSAMA KELUARGA, SIAP JADI 'THIRD WHEEL'



"Susah dan s@kit. Tapi bila difikirkan balik, mungkin bahagian itu susah, tapi Allah sangat baik kepada saya. Sangat baik. 

"Tengoklah anak-anak saya, mereka jadi kawan baik saya. Mereka menghiburkan, saya tak rasa kosong itu."

Demikian kata penyampai radio, Sharifah Aleya, 44, yang terlihat tenang hadapi ujian hidup di mana dia sudah dua kali berdepan kegagalan rumah tangga.

Dalam pada itu, Aleya tetap bersyukur kerana dikelilingi anak-anak serta keluarga yang menjadi sumber kekuatannya, meskipun pada awalnya sukar melalui dug@an itu.

Malah kini ujarnya, dia banyak mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak dan keluarga.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Aleya turut menganggap fasa kehidupannya kini lebih bermakna apabila dapat meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapanya.

Jelasnya lagi, ia sesuatu yang tidak banyak diperolehi ketika kecil memandangkan dia merupakan anak sulung.

"Setiap hujung minggu, kawan baik saya ialah ibu bapa saya. Jadi saya selalu 'third wheel' (orang ketiga hubungan) mereka.

"Saya anak sulung. Masa membesar saya tak rasa peluang ini sebab baru tiga tahun lahirlah Sharifah Amani. 
"Jadi saya tak pernah rasa sindr0m anak tunggal itu. Sekarang saya rasa macam 'bal@s dend@m' sindr0m anak tunggal," ujarnya.

Untuk makluman, Aleya dan Miko atau nama sebenarnya, Mohammed Azam Abdullah sah bergelar suami isteri pada Januari 2013 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah, 11, serta Ahyan Abdullah, 9.

Bagaimanapun pada Februari lalu, Aleya mengumumkan bahawa dia dan Miko sudah berpisah.

Sebelum itu, Aleya juga pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007, sebelum bercerai pada Februari 2012.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena, 17.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: