30 April 2026

DAPAT BELI PAMPERS, SUSU & AYAM GORENG UNTUK ANAK-ANAK - AZAR AZMI DEDAH OZLYNN HULUR BANTUAN ZAKAT WAKTU SUKAR



"Masa aku sus@h, ada seorang kawan baik aku yang tahu cerita aku sepenuhnya. 3 Hari sebelum aku kena ambil. Orang itu adalah Ozlynn Wati. Aku sempat bercakap dengan dia, aku cerita semua kron0logi. 

"Dia ada bagi sedikit zakat dekat aku yang aku boleh beli pampers anak aku, susu anak aku. Aku dapat bagi anak-anak aku makan ayam goreng sebab anak aku memang suka ayam.

"Aku dapat bagi dia makan ayam goreng. Dia selalu sebut KFC, budak kan. Dialah yang duduk dengar cerita aku sampai dia pun menangis sekali."

Demikian kongsi pelakon Azar Azmi, di mana dia mendedahkan pelakon yang juga isteri kepada pelawak, Johan Raja Lawak iaitu Ozlynn Wati antara individu yang terawal tampil menghulurkan bantuan ketika berdepan waktu sukar.

Azar atau nama penuhnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 37, menerusi satu p0dcast, berkata, dia sempat bercakap dengan Ozlynn mengenai semua kron0logi beberapa hari sebelum dia ditah@n.

Klik untuk gambar besar

Menurut pelakon ini lagi, rakannya itu juga yang banyak mendengar serta mengetahui mas@lah yang dihadapinya.

Berhubung itu, Azar memberitahu, Ozlynn telah memberikan sumbangan zakat pada dirinya supaya dia dapat membeli barang keperluan harian anak-anaknya.

Azar dalam masa sama turut berkongsi luahan serta rasa bersal@h terhadap dua orang anaknya.

"Dengan apa yang terjadi hari ini saya setiap hari minta maaf dengan mereka, cium tangan mereka. Seolah-olah mereka orang tua. 
"Mungkin apa yang berlaku ini buat awak (anak-anak) tertanya dan beri satu imp@k besar di masa akan datang. Tapi tolong jangan percaya 100 peratus.

"Walau apa yang terjadi, mummy akan pegang tangan sampai akhir hayat," luahnya yang juga sedar tidak mungkin untuk dia kembali bangkit berdepan persepsi masyarakat terhadap dirinya.

"Aku pada satu tahap nak capai kekuatan Azar yang dulu, tapi tak tercapai lagi. Kalau tak bangun sampai bila? Risau persepsi orang, persepsi orang dah burvk," ujarnya.

Terdahulu, nama Azar kembali menjadi bualan selepas sekian lama berdiam susulan dia ditah@n r£man bagi siasatan k£s pen1puan urusan penjualan tanah.

Azar menjalani tempoh r£man selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan, sebelum kemudiannya dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan melibatkan k£s suaminya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: