30 April 2026

BERSALIN JUN DEPAN - AMIRA OTHMAN SAHKAN KINI HAMIL 30 MINGGU, FATIMA BAKAL DAPAT ADIK



"Alhamdulillah sekarang ini saya mengesahkan diri kini sedang hamil. Sekarang ini usia kandungan saya sudah mencecah 30 minggu. InsyaAllah saya dijangka akan bersalin pada Jun depan." 

Itulah jelas penyanyi Amira Othman, 33, di mana dia berkongsi khabar gembira dengan mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung.

Kata Amira, usia kandungannya kini sudah mencecah 30 minggu dan dijangka bersalin pada Jun depan.

Ditanya mengenai jantina anak, Amira memberitahu, dia dan suaminya iaitu pelakon Fattah Amin sepakat untuk tidak berkongsi mengenai perkara itu dan hanya akan mengumumkan pada waktu yang sesuai.

"Saya pun tidak tahu jantina. Saya tidak kisah jantina, asalkan anak sihat," tuturnya yang dalam masa sama meluahkan rasa syukur apabila dia tidak mepunyai sebarang al@han semasa hamil.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Amira turut mengulas mengenai kerjaya seni, di mana dia akan terus bekerja selagi mampu sebelum berehat pantang.

"Selagi ada rezeki, saya akan terus bekerja. Saya akan berehat untuk pantang sahaja selepas ini," ujar Amira yang teruja bakal menimang anak pertamanya itu.

Sementara itu, Fattah juga meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang anak pertamanya bersama Amira.

"Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. 
"Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan.

"Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami," kata Fattah yang mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, pelakon dan usahawan, Nur Fazura.

Sebelum ini, sp£kulasi mengenai kehamilan Amira mula menjadi bualan peminat apabila ada yang mendakwa melihat 'baby bump' ketika penyanyi lagu 'Hati-Hati' itu menghadiri majlis sambutan Hari Raya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Amira belum mahu mengulas lanjut mengenai sp£kulasi itu, namun meminta ramai untuk mendoakan kesihatannya.

Untuk makluman, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga bersama pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: