"Sekarang saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Sebelum ini mungkin ada fasa mengenali hati budi seseorang.
"Tetapi kami ambil keputusan untuk berpisah cara baik. Kami cuma berkawan dan saya memang berkawan dengan semua orang."
Demikian jelas pelakon Nora Danish, 44, di mana dirinya kini sudah solo selepas hubungannya dengan jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo tidak dapat diteruskan.
Klik untuk gambar besar
Kata Nora, mereka yang kini kekal sebagai kawan itu mengambil keputusan berpisah secara baik selepas tiada kesefahaman dalam beberapa perkara serta kedua-duanya sibuk."Keputusan ini dibuat kerana masing-masing sibuk selain faktor ketidaksefahaman dari pelbagai segi. Ini keputusan terbaik untuk kami," ujarnya. Nora dalam masa sama turut menafikan keputusan untuk tidak meneruskan hubungan dengan Mickey ada kaitan dengan kedua bekas suaminya.
"Saya sangat selesa dengan hubungan sekarang bersama bekas-bekas suami. Kami bersahabat dan fokus utama adalah memastikan anak-anak terjaga dengan baik," katanya. ________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment