30 April 2026

TAKZIAH - SENIWATI LEGENDA, MARIA MENADO DIJEMPUT ILAHI DI USIA 94 TAHUN



Pada jam 12.25 tengah hari tadi, dunia seni telah kehilangan sebutir lagi Primadona filem Melayu klasik iaitu Datuk Seri Maria Menado yang menghembuskan nafas terakhir di usianya 94 tahun. 

Difahamkan, seniwati legenda itu meninggal dunia akib@t s@kit tua di sisi ahli keluarga di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Menantu Allahyarham, Sairul Amar Ayob yang tampil mengesahkan berita tersebut turut memaklumkan, ibu mertuanya sebelum ini dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 April lalu.

"Allahyarham Datuk Seri Maria Menado menghembuskan nafas terakhir dengan tenang," tutur Sairul ketika dihubungi, di mana dia turut berkongsi, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Selangor bagi memberi peluang kepada kaum keluarga dan sahabat serta kenalan memberi penghormatan terakhir.

Klik untuk gambar besar

Jenazah Allahyarham Maria Menado kemudiannya dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab Bukit Damansara untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Maria Menado yang dilahirkan dengan nama asal Liesbet Dotulong pada 2 Februari 1932 di Minahasa, Sulawesi Utara, merupakan antara bintang filem Melayu paling berp£ngaruh pada era kegemilangan perfileman Melayu sekitar tahun 1950-an hingga awal 1960-an.

Allahyarham mula menempa nama dalam industri perfileman selepas berhijrah ke Singapura dan menyertai Malay Film Productions serta Cathay-Keris Film Productions, sebelum muncul sebagai salah seorang pelakon wanita utama pada zaman tersebut. 
Nama Maria Menado melonjak ke puncak populariti menerusi lakonannya sebagai watak utama dalam filem 'P0ntianak' (1957), yang dianggap sebagai antara filem s£ram Melayu terawal, sekali gus menjadikan Allahyarham ikon awal genre tersebut.

Peranan berkenaan mengukuhkan kedudukan arwah sebagai pelakon wanita yang berp£ngaruh dalam sejarah perfileman tempatan.

Pada kemuncak kerjayanya, Allahyarham turut menerima pengiktirafan antarabangsa, antaranya gelaran 'Wanita Terjelita Malaya' oleh Times Magazine serta 'Wanita Berpakaian Paling Menarik di Asia Tenggara' oleh agensi berita United Press International.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: