"Ya saya sangat gembira untuk ibu saya. Memang dia dah cakap beberapa bulan lalu yang dia berniat nak pakai tudung.
"Pernah dah sebelum ini (berkongsi hasrat). Saya sebagai anak semestinya terima sebab ia benda yang baik kan."
Itulah kata pelakon Zahirah Macwilson, 31, di mana dia meluahkan rasa syukur dan gembira melihat penampilan terbaharu ibunya iaitu Maslinda Yusoff yang kini manis mengenakan hijab.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Zahirah turut berkongsi berita gembira bahawa pada bulan depan, ibunya bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji buat pertama kali."Dan dia pun juga akan pergi haji untuk pertama kali pada tahun ini. Jadi doakan ya Insya-Allah. Dan dia juga nampak sangat gembira dengan penampilan baru ini.
"Bulan depan, iaitu pada Mei. Ya semestinya saya ada rasa t@kut sikit. Tapi pada saya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Allah ada untuk lindungi dia. "Insya-Allah dia akan baik-baik sahaja," tuturnya yang dalam masa sama tidak menolak sekiranya suatu hari nanti dia juga akan mengikut jejak langkah ibunya untuk tampil berhijab sepenuhnya.
Disamping itu, Zahirah turut memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai agar diberikan hidayah yang sama di masa hadapan.
"Insya-Allah siapa tahu kan, saya juga berharap satu hari nanti akan ke arah situ. Sekarang ini saya sangat gembira dengan ibu saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment