30 April 2026

AL-FATIHAH - IBU ISKANDAR ISMAIL KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang berat, saya ingin memaklumkan bahawa ibu kami yang disayangi, Hajah Rokiah bte Mat Shukor telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (semalam), 29 April 2026 sekitar jam 2 petang." 

Demikian tulis penyanyi Iskandar Ismail, 47, di mana dia berkongsi berita duk@ mengenai pemergian ibu tersayang, Rokiah Mat Shukor yang menghembuskan nafas terakhir petang semalam.

Maklum Iskandar menerusi hantaran di media sosial, berita sedih itu diterima dengan penuh rasa dukacita oleh seluruh ahli keluarganya.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian yang sama, bekas juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) ini turut memohon doa daripada orang ramai agar roh arwah ibunya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, mengampunkan segala d0sa-d0sanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. 
"Kami sekeluarga juga memohon ampun dan maaf atas segala salah dan sil@p arwah sepanjang hayatnya.

"Segala doa, kehadiran dan sokongan daripada semua amat kami hargai. Terima kasih. Al-Fatihah," tuturnya.

Bagaimanapun, Iskandar tidak berkongsi butiran lanjut mengenai urusan pengebumian arwah ibunya itu. 
________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: