"Saya dimasukkan ke penj@ra selama lapan tahun dan ketika itu Azeva masih kecil. Bila masuk penj@ra, hubungan kita memang terputus dengan semua orang kerana tidak boleh berjumpa mahupun berhubung melalui telefon.
Jadi, ketika kami berlatih bersama untuk persembahan dalam pr0gram TTMM (Talk To My Manager) musim ke-2 di pejabat Datuk A Aida pun Azeva sudah berasa sebak.
"Malah kakaknya, Wan Az Aleesa (anak sulung) juga sudah selalu pesan padanya supaya tidak menangis di pentas kerana risau dia tidak boleh menyanyi nanti.
"Jadi, saya pun risau perkara itu terjadi, sebab itu Azeva tak tengok muka saya masa menyanyi dan nak habis baru dia tengok sehingga netizen pun komen 'kalau dia tengok muka papa dia lagi best'."
Itulah jelas penyanyi Ameng Spring, 57, di mana dia men£gaskan hubungan dengan dua anak perempuannya terputus bukan disengajakan, sebaliknya kerana dirinya dimasukkan ke penj@ra ketika itu.
Klik untuk gambar besar
Kata Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, hubungan dengan anak keduanya, Azeva Natassha, 25, juga tidak rapat kerana mereka terpisah kira-kira 10 tahun.Dalam pada itu, Ameng berkata, dia juga tidak menyangka kemunculannya ketika mengiringi persembahan Azeva menerusi lagu 'Sejiwa' sambil bermain gitar di pentas itu tular sehingga menyentuh perasaan netizen.
Ulasnya lagi, sebagai penyanyi berpengalaman, dia boleh mengawal diri dalam apa jua keadaan kerana penampilanya dalam pr0gram tersebut kerana mahu membantu karier seni anak perempuannya itu.
"Namun, bila sudah jadi kisah benar di mana titian kasih bertaut kembali di pentas hingga sentuh perasaan netizen, saya anggap ia rezeki dari Allah kerana ia tak dirancang. "Saya boleh menyanyi dan bermain gitar dengan sempurna iringi Azeva dan mamanya (A Aida) juga keluar di pentas dan saya tengok perkara itu sudah tersusun cantik dan tak sangka perkara itu boleh tular sebegitu.
"Saya fikir, walau kita kadang-kadang seorang pend0sa tapi Allah masih bagi rezeki perkara itu tular sehingga kami dijadikan contoh bagi mereka yang ada mas@lah keluarga.
"Semua itu rezeki dari Allah yang jadikan Azeva menangis dan A Aida yang kita tahu jiwa k£ntal, menjadi sentim£ntal di pentas ketika itu," tuturnya.
Terdahulu, A Aida yang juga penerbit terkenal, meluahkan rasa terharu melihat kesungguhan bekas suaminya, Ameng yang sanggup membantu memantapkan persembahan bersama anak mereka, Azeva di pentas TTMM2.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment