Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada penyampai radio Era dan pengacara, Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, atas pernikahannya bersama Nur Amirah Shamsulbahrin yang berlangsung pada 1 Mei.
Dalam majlis akad nikah bertemakan serba putih yang diadakan di Ukay Hills kira-kira pukul 9.02 malam itu, Radin telah menyerahkan mas kahwin berupa pohon emas bernilai RM15,020.26 simbolik tarikh nikah hari ini iaitu 1 Mei 2026 dan sebentuk cincin.
Selain itu, pihak pengantin lelaki turut menyampaikan tiga dulang hantaran berbalas lima oleh pengantin perempuan.
Klik untuk gambar besar
Majlis tersebut dihadiri 500 tetamu antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.Turut menyerikan majlis, rakan selebriti termasuklah YB Syed Saddiq, Bella Astillah, Erra Fazira, Nabila Razali dan para penyampai radio Era.
Selamat pengantin baru diucapkan dan semoga mahligai yang dibina itu berkekalan hingga ke akhir hayat. ________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!









No comments:
Post a Comment