02 May 2026

TUNGGAKAN RM106,000 - PENGANJUR KONSERT SELESAI LUNASKAN TUNTUTAN UNIC ISU BAYARAN



"Alhamdulillah, setelah empat bulan lebih, pembayaran telah di buat sepenuhnya oleh pihak penganjur. 

"Dia ada hubungi saya beberapa kali meminta saya turunkan hantaran di sosial media dengan alasan melibatkan keluarga.

"Namun kami juga ada keluarga sendiri dan alasan tersebut sepatutnya tidak berlaku. Pihak berkenaan akhirnya membuat bayaran penuh pada Jumaat."

Demikian jelas salah seorang anggota kumpulan UNIC iaitu Dr Fitri Haris, di mana maklumnya, telah dihubungi oleh penganjur selepas dia memuat naik kenyataan di media sosial.

Menurutnya lagi, dia menerima bayaran penuh berjumlah RM106,000 iaitu hasil keuntungan daripada jualan tiket serta sebahagian wang tajaan.

Klik untuk gambar besar

Isu tuntutan bayaran melibatkan kumpulan UNIC akhirnya selesai selepas penganjur konsert This Is UNIC melunaskan segala pembayaran pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fitri berkata, mereka mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan kejadian ini membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam sebarang perancangan mengadakan konsert.

Namun begitu, ujar Fitri, sebagai wakil UNIC, dia sentiasa terbuka menerima tawaran daripada mana-mana pihak yang sudi bekerjasama melibatkan penganjuran acara.

"Tidaklah s£rik nak bekerjasama dengan penganjur luar, cuma akan lebih berhati-hati. Sebelum ini kami buat konsert guna duit sendiri. 
"Tidak sangka untuk konsert sebelum ini menjadi isu. Jadi kami akan lebih berhati-hati," tuturnya.

Pada Ahad lalu, Fitri telah memuat naik satu hantaran menuntut penganjur konsert This Is UNIC menjelaskan bayaran tunggakan kepada pihak mereka.

Fitri juga tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada Januari lalu, namun masih tidak menerima pembayaran dalam tempoh beberapa bulan.

Konsert This is UNIC yang diadakan pada 20 Disember tahun lalu dianjurkan bertujuan bagi meraikan dua dekad penubuhan kumpulan itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: