"Saya masih terkenang lagi akan awal-awal penglibatan Lan, Acap, Joe, selaku pemain dram pada ketika itu. Mereka masih lagi dalam umur belasan tahun.
"Banyak kenangan-kenangan yang berlaku. Macam manapun, saya bangga kerana telah dapat melahirkan penyanyi, pemuzik yang dapat mewarisi 'rock and roll scene' tanah air kita.
"Saya bangga sebagai mentor kepada adik-adik saya ni ataupun anak-anak saya ni. Alhamdulillah, berjaya akhirnya.
"Saya juga turut mendoakan semoga mereka terus sukses dunia dan akhirat. Kalau boleh, buang yang k£ruh ambil yang jernih.
Klik untuk gambar besar
"Mari kita dengar dan lihat persembahan mereka, akan menghiburkan anda semua dengan muzik-muzik dan kenangan-kenangan yang akan mereka sampaikan."Dan teruskan perjuangan, begitu juga dengan Acap dan yang lain-lain. Teruskan dan jangan toleh ke belakang lagi. Selamat maju jaya dari saya, Awie. Teruskan 'rock and roll'!"
Itulah ucapan penyanyi legenda tanah air, Datuk Awie kepada anak didiknya iaitu anggota Kristal pada KRISTAL OG CONCERT – "25 Tahun Dalam Satu Malam" yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi, di mana ia telah menarik perhatian peminat yang hadir.
Menerusi rakaman video yang disiarkan, Awie mengimbas kenangan semasa melahirkan Kristal yang ketika itu masih remaja dan dalam ucapannya itu juga, vokalis kumpulan Wings ini berharap agar kejayaan yang dikecapi Kristal tidak mengubah apa-apa sifat dan sikap dalam diri mereka. Dalam pada itu, penyanyi Lan Solo tampil memohon maaf kepada peminat selepas rakaman video tersebut kerana pada mulanya peminat dimaklumkan Awie akan turut serta pada konsert terbabit.
"Pada mulanya memang abang Awie kata nak datang. Tapi dia ada urusan lain pula di Pulau Pinang," katanya yang disambut dengan tepukan peminat.
Lan bersama anggota Kristal membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya menghiburkan 2,000 peminat menerusi persembahan bertenaga, kemas dan mantap.
Mereka memilih lagu-lagu popular Kristal serta lagu-lagu 'cover version' yang dinyanyikan dalam album diterbitkan sebelum ini. Antara lagu yang dinyanyikan ialah 'Resam Pak Belalang', 'Seragam Hitam', 'Delaila', 'Memburu Impian' dan 'Penasaran'.
Tidak ketinggalan Kristal turut menyampaikan lagu Wings sebagai penghargaan buat 'sifu' mereka ini.
Lagu-lagu terbabit ialah 'Trag£di Oktober', 'Bernafas Dalam Lumpur' dan 'Hukvm K@rma'.
KRISTAL OG CONCERT – "25 Tahun Dalam Satu Malam" tidak disertai Rody (pemain gitar), Izal (bass) dan Ainol (dram) anggota asal kumpulan terbabit.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment