11 July 2026

ABBY ABADI NAFI BERBAIK DENGAN ANAK KEDUA, MARISSA DANIA KERANA DAPAT EMAS



"Terima Kasih Adik. Tangan Adik dah penuh dah sebab Adik magnet rezeki, rezeki Adik selalu murah. Ini Marissa Dania lalukan dekat Mama dia pula hihi. 

"Terima kasih sayang. Muda-muda lagi Adik dah lalui pengalaman yang mendewasakan. Belajar dari pengalaman.

"Saja la share, saya ni memang suka nak belikan anak-anak ni je gelang rantai dari kecik. Semua anak-anak pun dapat kecuali anak lelaki.

"Semua merasa, saya buat tajuk ni sebab ada yang buat cerita kata sebab dapat emas saya berbaik. Taklah, janganlah asal boleh je buat cerita.

"Kata dramalah, burukkan anaklah. Saya tulis tr@uma tu sebab dah lama simpan, memang dari mereka dalam perut saya dah berjuang seorang diri."

Klik untuk gambar besar

Demikian kata pelakon Abby Abadi, 49, yang meluahkan rasa syukur rezeki anak keduanya, pemp£ngaruh media sosial iaitu Marissa Dania, dipermudahkan apabila dihadiahkan seutas gelang emas.

Perkongsian Abby di media sosial itu menjadi perhatian, di mana ramai yang tumpang gembira melihat momen pelakon ini meluangkan masa bersama anak perempuannya itu baru-baru ini.

Namun begitu, ada juga pihak yang kurang senang dengan perkongsian Abby itu yang mempers0alkan pemberian hadiah tersebut apabila mengaitkan pelakon ini berbaik dengan anaknya itu disebabkan emas.

Berhubung itu, Abby tampil bersuara dengan mengatakan dia sudah melakukan amalan memberikan hadiah emas buat anak-anaknya sejak kecil lagi serta meminta tidak membuat cerita sesuka hati.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: