19 August 2026

ISU TUNJUK J4RI TENG4H - SHUKRI YAHAYA TAMPIL MOHON MAAF, PERSOAL KENAPA PERLU DIPERBESARKAN : "DARIPADA CUBA CARI KESAL4HAN ORANG LAIN, LIHAT SEKELILING KITA... KALAU RISAU ANAK-ANAK TERIKUT, KENAPA BENARKAN GUNA MEDIA SOSIAL TANPA KAWALAN?"



"Itu adalah hantaran bersama kawan-kawan dan menggunakan media sosial saya. Saya percaya pengikut saya adalah manusia atau orang yang sudah dewasa dan boleh berfikir serta boleh membezakan mana satu baik dan mana yang buruk.

"Lagipun budak-budak tidak sepatutnya gunakan media sosial tanpa kawalan. Jadi, kenapa perkara itu perlu diperbesarkan dengan mengatakan t@kut anak-anak terikut atau terp£ngaruh?

"Daripada cuba menegur atau mencari kesal@han orang lain, lebih baik kita melihat perkara yang ada di sekeliling kita. Kalau risau anak-anak terikut dengan perkara yang tidak baik, kenapa benarkan mereka guna media sosial tanpa kawalan?"

Demikian kata pelakon Shukri Yahaya, di mana dia tampil mengakui kesil@pannya serta memohon maaf susulan tindakannya menunjukkan j@ri teng@h selepas tular gambarnya bersama-sama rakan lain.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, Shukri turut mempersoalkan mengapa isu itu perlu diperbesarkan serta ada yang mendakwa bimbang akan menjadi ikutan anak-anak kecil.

Shukri dalam masa sama juga meminta agar tidak melibatkan isterinya, Tya Adnan dalam isu berkenaan.

"Tidak perlu babitkan isteri saya kerana saya tidak suka campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerja atau media sosial saya," ujarnya.
Ulas Shukri lagi, gambar tersebut tular selepas seorang peniaga minyak wangi menggunakan gambar itu untuk memprom0sikan pr0duknya, meskipun ianya sudah dipadam di media sosial miliknya.

"Bila si@sat rupanya orang yang tularkan perkara itu menjual minyak wangi. Akaun itu baru dua hari diwujudkan. Pada hari kedua, dia bercerita mengenai minyak wangi tetapi tiada orang memberikan komen.

"Dia ada berkongsi hantaran mengenai ketiak, barulah dapat perhatian. Mungkin dia nampak di situ ada peluang, jadi dia gunakan gambar saya, walaupun foto itu sudah dipadam di media sosial saya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: