10 October 2026

KEPUTUSAN KESIHATAN IBU - SHIHA ZIKIR AKUI TERKEJUT, RAHSIAKAN PENY4KIT DIHADAPI ELAK DIG4NGGU : "MAK SEORANG YANG SANGAT P0SITIF & SENTIASA BERI SEMANGAT"



"Alhamdulillah, sekarang ni dalam fasa untuk saya menjaga kesihatan dan ment@l mak. Saya nak dia gembira sepanjang tempoh rawatan dijalankan.

"Saya harap sangat mak akan terus diberikan kekuatan dalam diri serta diberikan kesihatan ment@l yang stabil."

Demikian kata penyanyi Shiha Zikir, 38, di mana hatinya luluh dan terkejut apabila mengetahui keputusan pemeriksaan kesihatan ibunya, Rohana Ibrahim, sekali gus membuatkan dia tidak mampu menahan air mata.

Ujar Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, berita duk@ itu sesuatu yang tidak pernah dijangka, namun dia bersyukur kerana ibunya berfikiran p0sitif dan kuat semangat dalam menghadapi dug@an tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Minta Ampun' ini berkata, dia kini mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap kesihatan fizikal dan ment@l ibunya sepanjang menjalani rawatan.

Klik untuk gambar besar

Shiha bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci masalah kesihatan yang dihadapi ibunya bagi menjaga privasi dan memastikan Rohana berasa selamat sepanjang menjalani rawatan.

Jelasnya lagi, keputusan pemeriksaan kesihatan itu agak mengejutkan dirinya, namun dia bersyukur apabila melihat ibunya masih mampu mengekalkan sikap p0sitif.

"Keadaan mak ketika ini yang memerlukan saya untuk memberikan fokus kepadanya. Saya belum bersedia nak kongsikan sebab tak mahu ibu dihubungi ramai orang dan membuatkan dia rasa tak selamat.

"Buat masa ini biar keluarga saja yang tahu," jelasnya yang turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan adik-beradik yang saling membantu dan boleh bergilir-gilir meluangkan masa untuk menjaga ibu mereka.
Dalam pada itu, Shiha berkata, sokongan keluarga amat penting bagi memastikan kebajikan dan keselesaan ibunya sentiasa terpelihara sepanjang melalui tempoh rawatan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana mempunyai adik-beradik yang boleh membahagikan masa untuk menjaga mak.

"Mak juga seorang yang sangat p0sitif dan sentiasa memberi semangat buat Shiha untuk meneruskan kerjaya dan sekarang ini pada saya hanya satu iaitu saya perlu kerja keras untuk mak.

"Saya akan kerja keras dan pastikan mak dalam keadaan yang selesa," tutur Shiha yang sebelum ini memaklumkan, ibunya kini sedang menerima rawatan di hospital menerusi satu hantaran di media sosial.

Selain itu, Shiha turut meluahkan rasa sayu selepas menerima keputusan pemeriksaan kesihatan ibunya, lebih-lebih lagi apabila berdepan kehilangan kucing kesayangan pada tempoh sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: