10 October 2026

PERLU MASA NIKAHI DATUK SERI VIDA - FAZLEY YAAKOB AKUI MAHU SELESAIKAN BEBERAPA PERKARA TERLEBIH DAHULU : "YANG BERKAHWIN INI BUKAN TERUNA & DARA, TETAPI DUDA & JANDA"



"Kalau ikutkan, dua tiga minggu sebelum ini memang nak kahwin. Hati itu memang rasa dah sampai tapi apabila dua keluarga bakal disatukan, kita ada proses-proses untuk menjaga hati, menyatukan keluarga, ada 'paperwork' yang harus dibuat.

"Sebab yang berkahwin ini bukan teruna dan dara, tetapi duda dan janda. Jadi proses itu perlu tunggu dan mengambil masa sedikit... doakan yang terbaik."

Itulah jelas penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 48, di mana dia mengakui sudah memasang hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida,55, namun terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum mereka melangkah ke fasa seterusnya.

Kata Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fazley Yaakob, dia dan Vida sebenarnya sudah mempunyai keinginan untuk berkahwin sejak beberapa minggu lalu, tetapi proses menyatukan dua keluarga memerlukan masa serta perancangan yang teliti.

Maklum Fazley lagi, dia dan Vida turut menitikberatkan adat Melayu dalam setiap perancangan memandangkan kedua-dua pihak masih mempunyai ibu bapa yang perlu dihormati.

Justeru, ulas Fazley, mereka sepakat untuk mengikuti setiap proses yang ditetapkan, termasuk merisik, bertunang dan seterusnya bernikah sebelum mengumumkan perkara itu kepada umum.

Klik untuk gambar besar

"Saya dan DSV (panggilan Vida) memang menjaga adat kerana kami masing-masing masih mempunyai orang tua dalam keluarga. Orang tua sebelah keluarga saya, orang tua sebelah keluarga DSV.

"Adat itu kita akan patuhi. Bermakna kita akan melalui proses merisik, bertunang, nikah dan sebagainya dan menghebahkan pada umum.

"Jadi nantikan, doakan supaya apa yang kami hasratkan, dua keluarga ini dapat disatukan secara halal, Insya-Allah," ujarnya.

Disamping itu, Fazley berkongsi, keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan hanya membabitkan dirinya dan Vida, sebaliknya perlu mengambil kira perasaan serta pandangan ahli keluarga, termasuk anak-anak masing-masing.

"Apabila masing-masing ada keluarga dan anak-anak, kita berbincang secara telus dan pada saya, adat Melayu itu perlu kita patuhi. Jadi tidak boleh melangkau apa-apa adat.
"Tak boleh tunang sebelum merisik, tak boleh nikah ataupun sebelum buat pengumuman dan sebagainya. Mesti ada langkah-langkah yang kita hormati.

"Tapi saya cakap ramai orang bertanya mengapa belum ada apa-apa paparan (perkongsian), pada saya begini. Kita beri laluan pada adinda-adinda saya.

"Selepas itu, Insya-Allah mungkin kami pula yang akan melancarkan perjalanan dan melangsungkan apa yang perlu dilangsungkan, Insya-Allah," tuturnya.

Sebelum ini, Fazley memberi bayangan jelas hubungannya bersama Vida bakal melangkah ke jinjang pelamin.

Fazley bagaimanapun men£gaskan perancangan tersebut memerlukan masa serta penelitian rapi mengikut adat dan situasi semasa.

Untuk makluman, Fazley dan Vida atau Hasmiza Othman, 55, mula akrab sejak mereka dan anak masing-masing, Cik B dan Fariedz menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: