21 February 2008

DRAMA BERSIRI ENIGMA


Tarikh: 21 Februari - 3:00pm
Tempat: One World Hotel, Damansara Utama, Selangor
Agenda: Pelancaran drama bersiri Enigma


MAMPUKAH PELUANG KEDUA MERUBAH HIDUP MANUSIA?

Kejayaan TV3 memperkenalkan drama-drama melayu berkualiti bukan perkara asing lagi. Malah boleh dikatakan drama-drama yang disajikan mampu memberikan kepuasan kepada penonton setia TV3 khususnya. Terbaru, sebuah lagi drama bersiri berjudul Enigma bakal menghiasi slot Samarinda, setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.

Drama bersiri 25 episod ini merupakan hasil pengarahan sutradara Box-Office, Professor Madya Abdul Razak Mohaidden dan diterbitkan oleh Line Clear Motion Pictures Sdn. Bhd, Enigma akan mula ditayangkan pada 28 Februari ini.

Enigma diterajui oleh dua bintang yang semakin melonjak naik iaitu Farid Kamil dan Fouziah Ghaous serta dibantu oleh Faezah, Izaac, Ainut Aishah, Iqram Dinzly, Hafizuddin Fadzil, Raja Nor Baizura dan Ahmad Tarmimi Siregar.



Di antara fakta menarik mengenai Enigma ialah lebih 50% kandungan drama ini dirakamkan di Gold Coast dan juga Brisbane, Australia. Pelbagai tempat yang mempunyai daya tarikan pelancongan dan juga pemandangan indah dipamerkan di sekitar lokasi pengambaran menghiasi drama hebat ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Farisha Pawanteh, "Pihak TV3 sentiasa peka terhadap kepuasan penonton dalam mempersembahkan drama-drama yang bermutu. Sejak slot Samarinda mula diperkenalkan maklum balas yang diterima amat memuaskan dan berjaya mencatat lebih daripada 3 juta penonton setiap kali tayangannya. Kami di pihak TV3 yakin bahawa drama sebegini mampu menarik minat penonton seterusnya mendapat tauladan dan manfaat dari jalan ceritanya."



Enigma menceritakan bagaimana kehidupan manusia boleh berubah setelah di beri peluang kali kedua. la mengisahkan kehidupan Adam (Farid Kamil) yang dibesarkan di dalam keluarga berada dan sering menghabiskan masa bersama rakan-rakannya untuk bersosial. Segalanya berubah apabila dia telah terjebak di dalam pergaduhan dan terjadinya pembunuhan. Demi menyelamatkan

diri daripada hukuman undang-undang, Adam nekad melarikan diri ke Australia.
Setibanya di sana Adam telah dirompak dan hidup merempat. Nasib menyebelahinya apabila Malik, rakyat Malaysia yang telah lama menetap di sana sudi membantunya dan mengambilnya sebagai anak angkat. Adam yang tidak betah melakukan pekerjaan berat terpaksa menguruskan ladang dan menyesuaikan diri dengan anak-anak Malik iaitu Daniel (Izaac) dan adiknya Iman (Faezah).



Akhirnya Adam menghubungi teman lamanya, Mira (Fouziah Ghous) di Malaysia menceritakan mengenai kehidupan barunya di Australia. Mira berjanji akan merahsiakan pemergiannya daripada keluarga Adam di Malaysia walaupun ibu Adam, Datin Sofea (Raja Nor Baizura) telah jatuh sakit semenjak kehiiangan Adam. Mampukah Adam terus bertahan menyesuaikan diri di Negara asing? Adakah Mira berjaya membawa Adam pulang dan bersatu dengan rakan sejak kecilnya itu?


Photo:
Klik untuk gambar besar








.
.

No comments: