21 February 2008

FARID KAMIL TAK MUDAH MELENTING!


DIFITNAH SEBAGAI LELAKI KUCING!


Meskipun wajahnya disamakan dengan 'lelaki kucing' oleh segelintir pihak di internet, namun pelakon popular Farid Kamil tak mudah melenting malah masih mampu tersenyum. Katanya dia berharap sesiapa yang melakukan perbuatan memfitnah itu kembali kepangkal jalan dan bertaubat sebelum terlambat.

"Meskipun terdapat dikalangan keluarga saya yang marah dan rasa terhina, namun saya anggap ia hanya satu gurauan semata-mata. Lagipun, banyak benda lain yang saya nak layan dan tak perlulah ambil tahu sangat tentang benda-benda yang tak betul ni.

"Dalam hal ini, saya tak perlu nak nasihatkan dia... tapi biar dia sendiri yang fikir baik buruknya hasil perbuatannya itu," ujar Farid.



Farid berkata demikian sebagai mengulas gambar lelaki kucing yang dibanding dan disamakan dengan wajahnya oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Lelaki kucing yang sebelum ini didakwa terlibat dalam beberapa kes penculikan, merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan masih bebas dan sedang diburu pihak polis.

Selain lelaki kucing, dalam masa yang sama Farid turut dikaitkan dengan seorang wanita misteri apabila gambar mereka terpapar di internet. Ramai kalangan peminat membuat spekulasi sendiri dengan mengatakan bahawa wanita tersebut mungkin teman wanita barunya.

"Biar saya jelaskan di sini, saya tak kenalpun wanita itu. Gambar tersebut hanya gambar tampal yang mungkin bertujuan tidak baik. Untuk pengetahuan, hubungan saya dengan teman wanita saya masih baik dan kami masih berkawan seperti dulu," jelasnya sambil tersenyum.
.

Artikel ©2008 myartis

.

No comments: