25 February 2008

Hero Remaja 2008


Kamal, menang bergaya!


Kuala Lumpur: - Debaran Pencarian Hero Remaja, yang berlangsung di MATIC Jalan Ampang, tiba ke kemuncaknya 23 Februari lalu apabila 12 finalis yang terpilih berentap untuk merebut gelaran Hero REMAJA 2008 dan gelaran sampingan yang disediakan. Ahmad Kamal Ahmad Adli telah dipilih sebagai Hero REMAJA 2008, tempat kedua Wan Hafizol Wan Omar, tempat ketiga Yeo Keong Lee.Manakala Muhammad Idris Abdul Ghafar telah dipih sebagai Hero Macho. Beliau juga telah dipilih oleh Aznil sendiri sebagai Hero Cool. Khairul Amilin Abdullah Sukor pula telah dipilih sebagai Hero Favourite Pacmee.


:: Kamal: Hero Remaja 2008 ::

Antara yang terpilih kali ini terdiri daripada Ahmad Kamal Ahmad Adli, Wan Hafizol Wan Omar, Mohd Hakimi Hassim, Khairul Amilin Abdullah Sukor, Mohd Aliffadhli Zakaria, Yeo Keong Lee, Syed Amir Faisal Syed Ali, Muhammad Idris Abdul Ghafar, Mohd Jaslin Puasa, Mohd Amar Hakim Mohd Mokhtar dan Amar Alfian Aziz.

Pencarian yang diadakan dua tahun sekali anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf ini bertujuan untuk mencari seorang ‘role model’ di kalangan remaja lelaki yang boleh menjadi ikon kepada remaja lain.

Pencarian yang telah dijalankan selama satu tahun itu ternyata mendapat sambutan hangat yang mana lebih 2,000 penyertaan diterima daripada pembaca REMAJA sendiri dari seluruh negara. Antara syarat-syarat penyertaannya ialah mereka mestilah warganegara Malaysia berusia antara 17 hingga 23 tahun, memiliki personaliti dan perwatakan menarik, fotogenik dan versatil.

Selain itu peserta juga dinilai dari segi penampilan serta kebolehan menjawab dengan baik soalan-soalan yang diajukan oleh para juri. Lima kategori gelaran yang bakal dibawa pulang ialah Hero REMAJA 2008, Hero REMAJA 2008 tempat kedua, Hero REMAJA 2008 tempat ketiga, Hero Favourite Pacmee dan Hero Macho.

Hero REMAJA 2008 membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Gold Coast Australia bernilai RM3,000 tajaan Air Asia X, pakej percutian ke Tokyo bernilai RM8,000 tajaan Tokyo International Talent Agency & M.A Best Event Entertainment, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM1,000 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM1,000, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM800 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Tempat kedua akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Guangzhou bernilai RM2,500 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM500 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM800, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM500 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.


:: Finalis Hero Remaja 2008 ::

Sementara tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM1,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Shenzhen bernilai RM2,500 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM300 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM500, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Pertandingan ini turut menyaksikan Hero Favourite Pacmee membawa pulang wang tunai RM500, tiket penerbangan pergi dan balik ke Vientiane (Laos) bernilai RM2,000 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM100 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM300, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Manakala Hero Macho pula menerima wang tunai RM500, tiket penerbangan pergi dan balik ke Singapura tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM100 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM300, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.


:: Finalis Hero Remaja 2008 ::

Majlis yang dihadiri oleh 400 orang tetamu itu telah dimulakan oleh Fifi Dancers dari UiTM dan finalis Hero REMAJA 2008 sendiri, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan artis oleh Alif Aziz, Aesar Mustafa (Equalstar), Alif Afif (My Star) dan Lah VE sebagai persembahan penutup. Acara ini telah digamatkan oleh pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi. Zawen, bekas Hero Remaja ke-7, telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk Hero Remaja 2008.

Acara ini diadili oleh panel juri yang terdiri daripada Richie Rachman selaku ketua juri, Kudsiah Kahar, Ahmad Idham, Aleeza Kassim, Norman Hakim dan Linda Onn. Acara pada petang itu juga diserikan dengan pertunjukan fesyen dari pereka tempatan seperti, Hatta Dolmat, Bon Zainal dan Hazwani. Kesemua rekaan mereka pada petang itu adalah direka secara eksklusif untuk Hero REMAJA 2008.

Antara selebriti jemputan yang memeriahkan majlis pada petang itu adalah seperti Ashraf Muslim, Sherry, Ady Putra, Farahwahida, Sharifah Sahora, Noniswara, Rizal AF5, Almy Nadia, Nieyl (Mentor) Iwan OIAM, Khai, Rosma, Reza (Era) Wan Huzairil, Ikram Dinzly, Tuah Zulkarnain (Suria FM), Zana (Suria FM), Anahita (Dewi Remaja), Sharifah Salwa (Dewi Remaja), Ezreen (Dewi Remaja), Rabecca (Dewi Remaja), Amelina (Dewi Remaja), Irma Hasmi, Shikin (Dewi Remaja), Scha (Dewi Remaja), Zarin, Bekas Hero Remaja seperti Azhar Sulaiman, Esma Daniel Zed Zaidi, Zawen, Rizal, Faizal Yusof, Shahrizan, Yusri Adam dan ramai lagi.

Sementara penaja Pencarian Hero REMAJA 2008 kali ini pula terdiri daripada Pacmee, Air Asia & Air Asia X, Tokyo International Talent Agency & M.A Event Entertainment, Roscani Paris, L’Oreal Paris Men’s Expert, Tropicana Life, Essentia SPA, Egyptian Potion, OneChinoiz Studio, Restoran Puteri Bongsu, A.T Azry Fazami, My Mom’s Chicken Rice Citarasa Linda Onn, Corus Hotel Kuala Lumpur, MATIC dan juga Radio Xfresh selaku radio rasmi.


INFO :

Pencarian Hero REMAJA sebenarnya telah melahirkan nama-nama besar dalam dunia hiburan tanah air sejak mula diperkenalkan pada tahun 1991. Antaranya Esma Danial, Azhar Sulaiman, Badrul Muhayat, Ashraf Sinclair, Zed Zaidi, Zawen, Rizal dan ramai lagi yang mengembangkan bakat dan kariernya dengan majalah REMAJA. Konsep dan proses pemilihan finalis hero REMAJA ini tidak pernah berubah. Ia bermula dengan menghantar gambar terpilih sebagai top 20 dan 6 daripada mereka yang menerima undian terbanyak akan dipanggil untuk sesi test shoot dan tiga daripadanya akan layak ke pusingan akhir. Setelah cukup 4 pusingan, 12 peserta akan terpilih menjadi peserta akhir.
.
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...