26 March 2008

FILEM BARU METROWEALTH - CONGKAK




CONGKAK, sebuah lagi filem terbitan MIG yang menerima amaran dari Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) yang menyatakan bahawa ”ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung dinasihatkan agar tidak menonton filem ini”. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun diminta menonton bersama penjaga.



Jika dilihat kepada sebab amaran tersebut dikeluarkan pastilah kerana unsur suspen dan seram yang terkandung dalam filem ini termasuk sistem bunyi yang digunakan. Sistem Dolby Digital Surround EX yang diketengahkan kali ini lebih mantap berbanding JPB serta diakui terbaik di kalangan filem-filem Melayu sebelum ini dan mutunya hampir menyamai filem-filem dari Hollywood. Para penonton hanya akan dapat merasainya apabila menonton di pawagam yang dilengkapi sistem bunyi dolby digital ini.



Congkak juga bakal melakar satu lagi sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem dengan pembukaan paling besar dengan tayangan serentak di 70 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 17 APRIL 2008 Lebih menarik apabila ia sudah ditempah oleh pengedar-pengedar filem peringkat Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk ditayangkan di negara masing-masing.



Keinginan menerbitkan Congkak pastilah ekoran kejayaan luar biasa Jangan Pandang Belakang di peringkat Asia Tenggara dengan kutipan keseluruhan mencecah RM7.5 juta. Congkak merupakan sebuah lagi karya penulis muda berbakat besar Pierre Andre yang juga penulis skrip bagi JPB. Filem ke 23 terbitan MIG ini cuba menyajikan sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan. Congkak yang menelan belanja produksi sebanyak RM1.8 juta termasuk kos promosi telah menjalani pengambaran di negeri Perlis Indera Kayangan.



Membuktikan kebolehan melalui beberapa filem sebelum ini, MIG tidak teragak-agak meneruskan khidmat pengarah Ahmad Idham untuk filem ini. Congkak juga cuba mengekalkan barisan tenaga produksi Jangan Pandang Belakang termasuk Pengarah Sinematografinya, Indra Che Muda.

Barisan pelakon yang menjayakan Congkak terdiri daripada pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek, Rusminah Sidek, M. Rajoli. Mengetengahkan Erynne Erynna (8 tahun) sebagai tunggak utama dalam filem seram merupakan risiko yang diambil MIG bagi menambah keseraman pada jalan cerita filem ini.


VIDEO:



Sedutan filem Congkak..




Komen Pengarah Congkak
.
.
Hak cipta myartis 2008
.
.

No comments: