13 June 2008

BELLA RAIH 2.6 JUTA PENONTON

Konflik kehidupan dalam drama bersiri Bella yang baru-baru ini mengakhiri sirinya di TV3 dengan kematian Bella, menarik 2.6 juta penonton. Manakala bagi penonton secara online pula, sejumlah 4 juta penonton dicatat menjadikan drama bersiri arahan Adam Hamid itu (episod akhir) sebagai siri paling popular di Slot Akasia.

Sehubungan itu, pihak TV3 dengan kerjasama Grand Brilliance telah menganjurkan satu majlis kesyukuran bagi mengucap syukur di atas kejayaan tersebut. Majlis yang dihadiri sebahagian besar pelakon Bella itu telah diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Jalena Rejab, cabaran terbesar dihadapi oleh mereka ialah kesuntukan masa untuk menyiapkan 60 episod dalam masa empat bulan. Namun berkat disiplin yang tinggi daripada krew penerbitan, drama tersebut berjaya dihasilkan mengikut jadual disamping mempertahankan kualiti cerita untuk kepuasan penonton.




LAGI GAMBAR2 MAJLIS KESYUKURAN: KLIK DI SINI..!!



VIDEO KLIP MAJLIS:



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video & photos copyright myartis 2008

No comments: