"Saya sendiri ada melihat dan meninjau penjualannya di sebuah pasar malam di Johor baru-baru ini. Disebabkan tak mahu penjual tersebut panik, saya kemudian telah menyuruh seorang rakan membeli album itu untuk meneliti pembuatannya.
"Dia orang ni memang licik, pantang mengetahui sesebuah album itu mendapat sambutan... maka merekapun cepat-cepat mencetaknya secara haram.
"Memanglah kalau sesebuah album itu dicetak rompak, itu bermakna sambutannya hangat dan memberansangkan dikalangan peminat seni suara. Namun yang tak sedapnya periuk nasi kami sebagai penggiat seni bakal terjejas gara-gara sikap tidak bertanggungjawab itu," ujar Nash.
Bagaimanapun mengenai aktiviti kongsi download secara online, Nash hanya menggeleng kepala tanda 'buntu'. Katanya aktiviti tersebut sukar disekat dan ia terpulang pada keikhlasan seseorang individu itu mewarnakan kehidupannya.
Menjawab soalan lain pula, Nash berkata jualan album Terjah kemungkinan boleh menjangkau 30,000 unit dan ia adalah sesuatu di luar jangkaan. Bagaimanapun, dia belum bercadang untuk menerbitkan Terjah2 kerana mahu melihat setakat mana sambutan Terjah yang pertama ini dahulu.
"Kalau lebih bagus daripada 30,000... mungkin kami akan buat sambungannya!" ujarnya tersenyum.
Jika anda ingin mengenali atau melihat gambar-gambar menarik Nash, sila layari Blog Nash di: http://monajo.multiply.com/
(\__/)
(='.'=)
(")_(")
Photo & artikel copyright myartis 2008
No comments:
Post a Comment