18 June 2008

Pencarian Cover Girl NUR / DARA.COM

Pencarian Cover Girl NUR / DARA.COM musim 2007/2008 memasuki kali keempat, buat pertama kalinya ditaja oleh Safi Rania dan Safi Balqis. Antara penaja Pencarian Cover Girl NUR / DARA.COM yang lepas adalah Sunsilk dan juga Mustika Ratu.

Pencarian ini bertujuan mengetengahkan kalangan Muslimah bekerjaya dan remaja Muslimah yang mempunyai personaliti menarik, misi dan visi, selain mempraktikkan gaya hidup murni selaras dengan tuntutan agama Islam (yang dijelaskan melalui cara gaya berpakaian yang sopan dan menutup aurat, atau dengan kata lain; bertudung).

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pertama; Pencarian Cover Girl Nur – Safi Rania dan kategori kedua; Pencarian Cover Girl Dara.com – Safi Balqis. Seramai 24 orang peserta peringkat akhir (finalis) akan mengambil bahagian, 12 adalah kategori NUR dan 12 lagi kategori DARA.COM.

Acara gilang gemilang tersebut akan diadakan pada 21 Jun (Sabtu) ini di Hotel Crown Princess, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada pukul 1 Petang. Antara artis yang bakal hadir pada petang tersebut adalah Dafi, Fazli Zainal dan duta Safi iaitu Dynaz dan juga Amy Mastura. - Artikel disediakan oleh: Nik Nabil Amin Lutpi (karangkraf)




(\__/)
(='.'=)
(")_(")
myartis 2008

No comments: