10 June 2008

SEPI - FILEM TARAF ANTARABANGSA

PETALING JAYA: 10 Jun 2008
Selepas memikat penonton dengan “Cinta”, karya layar perak pertamanya, Kabir Bhatia kembali untuk menawan sinema tempatan, menerusi “Sepi”.

Diterbitkan oleh Alternate Studio, sebuah divisyen produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GB), Sepi menyaksikan kolaborasi Ara dan Mira Mustafa dalam penghasilan skripnya selepas kali pertama bergandingan bahu di dalam Cinta yang dinobat Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 tahun lalu.

Sepi masih berpaksikan pada tema cinta, tetapi kali ini ia membicarakan mengenai kesepian dalam cinta menerusi perjalanan tiga cerita, berlatar visual hebat dan mainan warna yang menterjemah suasana dan emosi yang dilalui setiap daripada karektornya.

Lebih 200 jemputan, termasuk wakil media dan bloggers, menghadiri majlis pra tonton filem Sepi yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Garapan terbaru Kabir ini nyata memikat audiens yang mengharapkan kelainan dalam penghasilan karya mainstream tempatan, sebagaimana pernah diberikannya menerusi Cinta, sebelum ini.

Namun, menurut Kabir, tidak seperti Cinta di mana karektor daripada lima ceritanya tidak berkait secara langsung, kisah di dalam Sepi berpaut antara satu sama lain untuk menjadikannya sebagai satu penceritaan yang sempurna. Bagaimana, katanya, satu insiden memberi kesan kepada kehidupan setiap karektornya.

Kabir berpendapat Sepi sudah mencapai kejayaan awal kerana berjaya memikat pelakon berbakat dan terkenal tanahair seperti Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Vanida Imran, Eja, Pierre Andre dan Tony Yusof, Ia juga menampilkan muka baru, Baizura Kahar dan Syed Hussain, bekas anggota kumpulan Ruffedge.

Menurut beliau, visual adalah satu lagi aspek yang diberi perhatian dalam setiap karyanya. “Saya suka bercerita menerusi visual. Saya percaya, apabila seorang penonton pergi ke panggung dan membayar RM10, dia berhak mendapat perjalanan yang penuh rasa dan emosi. Ia haruslah sesuatu yang tidak akan anda perolehi di depan TV.”

Pengurus Besar GB, Ahmad Puad Onah, pula berharap kisah cinta di dalam Sepi akan memberi satu pengalaman menonton yang berbeda kepada audiens tempatan. “Selepas mencipta kejayaan dengan Cinta, dengan penceritaannya yang unik, audiens pasti mengharapkan sesuatu yang lebih baik, setidak-tidaknya pada satu tahap berbeza.

“Cinta adalah subjek yang universal, yang dikongsi oleh setiap manusia sekaligus menjadikannya cukup relevan, sebagaimana Sepi yang berbicara mengenai harapan, pengorbanan dan pemulihan. Inilah erti sebuah cinta yang cuba disampaikan Sepi,” katanya.

Sepi menceritakan mengenai Adam, seorang chef berjaya yang menyaksikan seorang demi seorang temannya menemui kebahagiaan, tetapi tidak dia sehinggalah kehadiran Ilyana. Namun, ia tidak semudah disangka.

Sufi pula menyalahkan dirinya ekoran tragedi yang mengorbankan nyawa orang tersayang, lalu dia yang tertekan berusaha melarikan diri daripada hidupnya sehinggalah satu hari, dia bertemu Marya yang bagaimanapun, juga ada perkara perlu diselesaikan.

Sedang Imaan, gadis misteri yang diminati Ian, pelajar paling popular di kolejnya, berada di persimpangan antara kasihnya terhadap teman lelaki, Khalil dan Ian sehinggalah berlaku sesuatu tidak diduga yang meruntaikan segalanya dalam Sepi.

Sepi dijadual untuk tayangan di seluruh negara bermula 26 Jun ini. -
Artikel disedikan oleh GB



GAMBAR PRATONTON
















GAMBAR FILEM & BELAKANG TABIR: KLIK DI SINI..!!




VIDEO KLIP PRATONTON





TONTON DALAM YOU TUBE: KLIK DI SINI..!!



VIDEO: LAGU DARI FILEM - THE LIMA




TONTON DALAM YOU TUBE: KLIK DI SINI..!!


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Video & photo copyright myartis 2008

No comments: