17 July 2008

EKSKLUSIF: XPDC MAKIN SEJUK??

Mungkinkah akan berlaku lagi perpecahan buat sesekian kalinya terhadap kumpulan XPDC? Ini kerana, XPDC kini dikatakan mengalami zaman paling suram dalam sejarah penubuhan mereka apabila 'ketiadaan job'.

Malah kemasukan kembali Mael dan pelancaran album XPDC Reunion tidak lama dahulu turut tidak membantu kumpulan itu. Akibatnya, XPDC kini ibarat mati segan hidup tak mahu hingga ada segelintir anggotanya yang terpaksa melakukan kerja sampingan bagi menampung kehidupan.

"Saya bekerja secara sampingan sekarang," ujar Zua ketika ditemui di Sungai Buloh baru-baru ini. Tambah Zua, undangan show yang terlalu kurang memaksanya melakukan kerja tersebut memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat.

"Kalau mereka panggil buat show, saya akan pergi... tapi ikhlasnya memang tak ada dan terlalu slow," tambahnya.

Selanjutnya apabila dibandingkan kemeriahan ketika Ali bersama XPDC dengan kesuraman ketika kemasukan semula Mael, Zua hanya tersenyum. Katanya mungkin rezeki mereka belum ada sekarang dan dia tak menyalahkan takdir.








    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Copyright myartis 2008

No comments: