18 February 2009

SYEM RAJA LAWAK, KEMBALI KE ASAL...

Setelah tersingkir diminggu kedua dalam rancangan Raja Lawak Astro musim ke-3, akhirnya Shamsir Mohd Shahar atau nama glamornya Syem, kembali menyambung aktiviti asal. Walaupun ada yang mengenalinya sebagai pelawak, namun tak ramai yang tahu dia sebenarnya menjalankan perniagaan lukisan potret kaki lima.

Setiap potret atau karikatur dikenalan bayaran dari RM10 hingga RM40 bergantung pada kehendak pelanggan. Malah Syem juga tidak malu untuk melukis di mana sahaja termasuk lorong-lorong gelap seperti 'lorong karat' di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

"Memandangkan aktiviti lawak tak banyak dan Astro tengah sibuk dengan program tersebut, maka saya ambil keputusan untuk melukis kembali. Sesekali tu adalah mereka panggil untuk buat show, tetapi bukanlah terlalu kerap. Bak kata orang... hidup harus diteruskan!" Ujarnya sambil tersenyum.

Tambah anak kelahiran Kuala Lumpur yang sudah berkahwin itu, dia tak pernah rasa malu untuk mencari rezeki memandangkan lukisan adalah darah dagingnya. Namun seandai bakat lawaknya diperlukan, dia bersedia untuk berlawak di mana sahaja.


Klik untuk gambar besar..!!











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    Eksklusif & copyright myartis 2009

No comments: