"Lagipun, isteri saya juga mengetahui tentang hubungan saya dan Kak Zi iaitu hanya berkawan baik seperti kakak dan adik.
"Isteri saya memahami dan saya jelaskan kepadanya supaya tidak risau kerana kami hanya berkawan rapat dan anggap Kak Zi seperti kakak saya," terang Zaefrul berulang kali mengenai hubungan antaranya dengan Azizah berdasarkan gambar mesra mereka yang dirakamkan di Langkawi itu ketika menjalani pengambaran drama bersiri Spa Q 2.
Jelas Zaefrul, dia memahami yang orang ramai mungkin keliru dengan aksi yang mereka lakukan di dalam gambar tersebut lebih-lebih lagi mereka merupakan selebriti. Dalam masa yang sama, dia juga mengakui kesalahannya bergambar mesra dengan wanita lain tanpa batasan.
"Kami pun salah juga kerana lainlah kalau dia mahram saya. Tetapi,memang Kak Zi jenis yang mesra dengan semua orang begitu juga apabila bergambar.
"Maksudnya, dia bukan sahaja beraksi mesra dengan saya malah juga dengan orang lain yang rapat dengannya.
"Disebabkan saya menganggapnya sebagai kakak, jadi saya terlupa tentang batasan.
"Namun, batasan itu tetap ada di dalam industri ini di mana tidak semua orang saya mudah mesra seperti itu," jelasnya dipetik sebagai berkata.
Tambah Zaefrul, dia juga tidak minum minuman keras sebagaimana yang digambarkan. Gambar botol minuman tersebut kemungkinan kepunyaan orang lain dan dirakam secara tak sengaja memandangkan ramai pihak yang berada disitu.
Zaefrul dan keluarganya: Gambar koleksi Zaefrul
Zaefrul dan keluarganya: Gambar koleksi Zaefrul
(\__/)
(='.'=)
(")_(")
myartis 2009
No comments:
Post a Comment