27 July 2009

NOSTALGIA YASMIN AHMAD

Yasmin Ahmad (1958 - 2009)

Penggiat filem Yasmin Ahmad yang meninggal dunia pada 11:52pm Sabtu lalu ketika berusia 51 tahun, telah meninggalkan satu lagenda baru dalam dunia perfileman Melayu. Lagenda yang menawan jutaan semangat rakyat Malaysia dan dunia hingga membolehkan beliau memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Berikut adalah rakaman video sidang akhbar filem Talentime yang beliau adakan tidak lama dahulu di Mutiara Damansara. Seperti biasa, beliau amat bersemangat dan begitu mesra dengan krew serta pelakon yang membintangi filem tersebut seperti keluarga sendiri layaknya.

Semoga nostalgia Yamin ini akan kekal abadi dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Amin!



http://www.youtube.com/watch?v=jCa0snto8qs

    (\__/) (='.'=) (")_(") myartis 2009

No comments: