11 September 2009

INFO: DRAMA INTERNET MAKIN HANGAT..

Karyawan terkenal, QuaChee kembali lagi dengan karya terbarunya bagi mempromosikan Malaysia. Jikalau sebelum ini, QuaChee mempromosikan Malaysia melalui media cetak, kini QuaChee menggunakan media baru untuk mengetengahkan drama bersiri (web episode) The BIG Bibik & The Little Nyonyas.

Walaupun melalui media yang berbeza, tetapi objektifnya tetap sama, iaitu mahu mempromosikan budaya, tradisi dan destinasi pelancongan menarik di Malaysia kepada masyarakat termasuk pelancong.



Dalam drama bersiri tersebut, QuaChee mengambil satu langkah menarik untuk menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia yang terkenal dengan integrasinya. Dan inilah yang mahu diketengahkan oleh QuaChee apabila masakan Baba Nyonya, suatu masakan yang memang terkenal di Melaka kerana campuran masakan Melayu dan Cina diadaptasikannya ke dalam kisah menarik.

“Budaya Baba Nyonya serta masakannya memang melambangkan Satu Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa,” ujar QuaChee.

“Ini ialah antara satu contoh Satu Malaysia yang sebenarnya sudah lama berada di negara kita," tambahnya.



Rancangan Masakan lapan episod yang menyelitkan beberapa adegan Lucu tersebut digarap dalam bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Baba Nyonya. Ia sudah mula disiarkan pada 8 September lalu melalui laman www.bookmarqc.com termasuk melalui kaedah Youtube, Facebook dan sebagainya.

Antara pelakon The BIG Bibik & The Little Nyonyas ialah Kenny Chan, Charlene, Michell, Vanessa dan ramai lagi.



    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    myartis 2009

No comments: