Monday, December 07, 2009

PIAN RINDU WAJAH ASAL...

"Saya rindukan wajah asal dan amat menyesal dengan tindakan saya beberapa kali melakukan ubah-suai wajah", ujar Pian Cecupak yang kembali mengubah wajahnya seperti asal.

Semuanya bermula gara-gara Pian mahu kacak macam hero hindustan, Rajesh Khana hingga sanggup mengubah wajahnya menggunakan cecair kolagen.

"Setelah beberapa ribu menghabiskan duit, akhirnya saya mendapat kesedaran untuk membetulkan wajah agar kembali kepada asal selepas ditegur oleh anak sulung saya daripada dua beradik iaitu Nuraina,13.

"Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini," ujar Pian dengan nada sesal.

Kisah Pian ini sebenarnya sudah acap kali disensasikan oleh media lantaran ketelanjurannya ingin kelihatan menarik. Malah ramai juga yang mengutuk pelawak itu dengan mendakwa Pian kemungkinan ingin menjadi pondan.

Meskipun begitu, dia tetap tabah dan tidak pernah malu untuk mengakui kesilapannya walaupun wajahnya menjadi bahan sensasi dan fitnah. Bak kata pepatah, Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan, Lautan Mana Yang Tidak Bergelora.

Jom kita lihat tranformasi wajah Pian dahulu hingga sekarang... Semoga ada sesuatu yang dapat kita pelajari sebagai panduan agar tidak mengubah pemberian Allah SWT.




Wajah Pian dulu-dulu




Wajah Pian selepas dimasukkan cecair kolagen



Wajah Pian sekarang....


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009

Friday, December 04, 2009

ANAK EJA YANG COMEL...

Penantian peminat akhirnya berbalas apabila Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja tampil memperkenalkan anak sulungnya, Nur Eishal Mohd. Silahuddin kepada pihak media dalam satu majlis yang diadakan.

Suami Eja, Mohd. Silahuddin yang dinikahinya sejak 10 tahun lalu turut hadir memperkenalkan diri. Nur Eishal adalah hasil perkahwinan Eja bersama ahli perniagaan tersebut yang dirahsiakan selama ini 'bagai menatang minyak yang penuh'.











    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2009
Loading...