15 February 2010

SHIDEE 'MASIH BELUM TERLAMBAT'...

Meskipun mencecah usia 50 tahun, namun penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat' Shidee, sebenarnya masih belum terlambat lagi. Ini berikutan perkahwinannya dengan Siti Fairunnisa Aziz, 22 tahun, pada 1 Februari lalu dan persandingan pada 13 Februari 2010 di Bukit Sentosa Rawang, Selangor diibaratkan oleh segelintir pihak seperti 'anak dengan bapa'..

"Saya tidak pandang faktor umur, yang penting suami pilihan saya seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga saya. Kami berkenalan empat tahun lalu dan apabila melihat ada keserasian, tambahan pula dia juga kelakar, kami mengambil keputusan untuk berkahwin," kata Siti Fairunnisa dipetik sebagai berkata.

"Soal jodoh Allah yang tentukan, sebelum ini memang saya ada berusaha tetapi gagal, namun akhirnya bertemu jodoh dengan Siti Fairunnisa. Seperti dia, saya juga berdoa kepada Allah supaya dikurniakan cahaya mata kerana anak itu umpama harta yang tidak ternilai.

"Selepas berumahtangga, saya akan menumpukan terhadap perniagaan, tetapi bidang nyanyian sudah sebati dalam hidup ini," ujar Shidee sebagai berkata. Tambahnya, dia juga bercadang menerbitkan album baru tidak lama lagi.

Kesimpulannya, itulah jodoh! Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukannya. Semoga perkahwinan Shidee dan Siti memberi kebahagiaan pada mereka berdua hingga ke anak cucu... Amin!






    (\__/) (='.'=) (")_(") www.myartis.com 2010

No comments: