27 July 2010

GELAGAT ADIK FASHA SANDHA...??

Gambar ini dihantar oleh pelawat myartis melalui email... Benarkah gadis ini adik pelakon popular Fasha Sandha? Melihat wajahnya memang ada persamaan, tetapi mungkinkah pelanduk dua serupa? Jawapannya... Allahualam..!!


Klik untuk gambar besar...









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

22 July 2010

GAMBAR ALLAHYARHAM ACHIK SPIN..??

Kecoh seanterio alam mengatakan gambar Allahyarham Achik Spin telah disalah guna oleh pihak tertentu untuk mengiklankan rawatan tradisional. Lebih teruk, rawatan tersebut berkonsepkan agama lain yang didakwa berasal dari Thailand.

"Apa yang membuat saya marah, ialah apabila gambar Allahyarham Achik Spin diletakkan dalam iklan itu sebagai orang yang membuat pengakuan telah berjaya setelah mendapatkan khidmat bomoh tersebut. Walaupun mata arwah ditutup, namun saya boleh kenal yang itu adalah Acik Spin.

"Dalam hal ini, saya amat terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang mengambil kesempatan untuk menipu. Tambah-tambah apabila iklan itu melibatkan agama lain, seolah-olah tidak sensitif langsung," luah seorang peminat dalam blognya.

"Kenapalah sanggup mereka menggunakan gambar Allahyarham Achik Spin untuk tujuan mengiklankan Wat Tok Sami Siam... Apa perasaan keluarga Allahyarham bila terbaca iklan ni... Aku yang tak da kena mengena ni pun dah rasa geram dan sakit hati... sedih pun ada gak.... Tak patut sungguh..... Gerammmmnya........ Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Achik dan menempatkannya di kalangan orang2 yang beriman...Al-Fatihah," Luah peminat lain yang hanya mahu dikenali sebagai Amalina Othman, juga dalam blog.

Namun sejauh mana kesahihan dakwaan itu masih belum dapat dipastikan... kerana kemungkinan ada pelanduk dua serupa... Allahualam..!!




Iklan yang didakwa mempersendakan arwah...



Gambar yang didakwa sebagai gambar Arwah Achik Spin...





Gambar sebenar Arwah...


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

16 July 2010

SHAHIR AF8 MASA KECIL...









    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

PENJELASAN FINAS TENTANG DUA ALAM

SKIM WAJIB TAYANG FINAS

16 Julai 2010, Hulu Kelang – Skim Wajib Tayang yang diperkenal pada tahun 1990 dan dijadikan peraturan pada tahun 2005 diwujudkan bagi membantu penerbit filem untuk mendapat kutipan yang maksima melalui penetapan tarikh dan pawagam. Tempoh Wajib Tayang adalah 14 hari. Ada peruntukan dimana sekiranya sambutan penonton kurang daripada yang ditetapkan (15%), pertukaran pawagam dan penarikan daripada tayangan boleh dilakukan.

Semua filem-filem yang berjaya mencapai ‘box office’ ditayang melalui Skim Wajib Tayang adalah seperti Adnan Sempit (7.66 juta), Niyang Rapik (3.72 juta), V3 : Samseng Jalanan (3.88 juta), KL Drift 2 (5.67 juta) dan Lagenda Budak Setan (4.28 juta).

i. Senarai filem-filem yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang (seperti di Jadual 1).

ii. Senarai filem-filem yang mencapai ‘Box Office’ di bawah Skim Wajib Tayang (seperti di Jadual 2).

Dakwaan Dr. Rozmey adalah tidak tepat mendakwa Skim Wajib Tayang tidak mampu memajukan industri filem tempatan. Tarikh yang dicadang oleh Dr. Rozmey pada 30 September 2010 jatuh pada hari Sabtu. Kebiasaannya pawagam akan memulakan tayangan filem baru pada hari Khamis. Mengikut tarikh-tarikh yang disediakan oleh Urus Setia Skim Wajib Tayang selepas filem Cuti-Cuti Cinta pada 21 Oktober 2010, tarikh yang sesuai adalah pada 04 November atau 18 November. Tarikh-tarikh berkenaan disyorkan bagi mengelak bertembungan tayangan antara filem-filem tempatan. FINAS mencadangkan supaya permohonan bagi tarikh 18 November boleh dibuat dan dikemukakan kepada Urus Setia.

FINAS sentiasa membantu penerbit filem tempatan terutama dalam memastikan kejayaan sesebuah filem melalui Skim Wajib Tayang agar sektor perfleman muncul sebagai industri yang membantu menjana pendapatan kepada ekonomi negara serta memberi manfaat kepada penggiat filem negara.


Unit Komunikasi Korporat FINAS
Kompleks Studio Merdeka
Hulu Kelang



Jadual 1

Senarai filem-filem yang ditayangkan dibawah Skim Wajib Tayang

BIL. JUDUL FILEM TAHUN
1. Kala Malam Bulan Mengambang 2008
2. Cuci 2008
3. Dunia Baru The Movie 2008
4. Anak 2008
5. Duyung 2008
6. Akhirat 2008
7. Evolusi KL Drift 2008
8. Congkak 2008
9. Cinta U-Turn 2008
10. Apa Kata Hati ? 2008
11. Pensel 2008
12. Sepi 2008
13. I’m Not Single 2008
14. Susuk 2008
15. Kami The Movie 2008
16. Senario The Movie – Episod 1 2008
17. Tipu Kanan Tipu Kiri 2008
18. Budak Kelantan 2008
19. Wayang 2008
20. Selamat Pagi Cinta 2008
21. Antoo Fighter 2008
22. Los & Faun 2008
23. Cicak Man 2 – Planet Hitam 2008
24. Histeria 2008

BIL. JUDUL FILEM TAHUN
25. Brainscan 2009
26. Maut 2009
27. Sifu & Tongga 2009
28. Geng : Pengembaraan Bermula 2009
29. Rasukan Ablasa 2009
30. Jin Hutan 2009
31. Sayang 2009
32. Talentime 2009
33. Jangan Tegur 2009
34. Bohsia... Jangan Pilih Jalan Hitam 2009
35. Sell Out? 2009
36. Syurga Cinta 2009
37. Jangan Pandang Belakang Congkak 2009
38. Skrip 7707 2009
39. Setem 2009
40. Jin Notti 2009
41. Momok The Movie 2009
42. Pappadom 2009
43. Lembing Awang Pulang Ke Dayang 2009
44. Pisau Cukur 2009
45. Senario The Movie Episode 2 – Beach Boys 2009
46. Jalang 2009
47. My Spy 2009
48. Pulau Asmara 2009
49. Santau 2009
50. Muallaf 2009
51. Duhai Si Pari-Pari 2009

BIL. JUDUL FILEM TAHUN
52. Adnan Sempit 2010
53. 2 Hati 1 Jiwa 2010
54. Lu Pikirlah Sendiri The Movie 2010
55. Niyang Rapik 2010
56. V3: Samseng Jalanan 2010
57. KL Drift 2 2010
58. Semerah Cinta Stilleto 2010
59. Hooperz 2010
60. Belukar 2010
61. Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami 2010
62. Lagenda Budak Setan 2010
63. Kecoh Betul 2010
64. Kapoww!! 2010
65. Zoo 2010
66. Mantra 2010
67. 4 Madu 2010


Jadual 2

Senarai filem-filem yang mencapai ‘Box Office’ dibawah Skim Wajib Tayang

BIL. JUDUL FILEM KUTIPAN (RM/JUTA)
1. Adnan Sempit 7.66
2. Lagi- Lagi Senario 6.33
3. Geng : Pengembaraan Bermula 6.20
4. Sembilu 2 6.10
5. Jangan Pandang Belakang Congkak 6.09
6. Jangan Pandang Belakang 5.78
7. KL Drift 2 5.67
8. Cicakman 5.15
9. Maria Mariana 4.72
10. Duyung 4.67
11. Senario The Movie 4.58
12. Gerak Khas The Movie 4.40
13. Sembilu 4.39
14. Senario Lagi 4.37
15. Senario The Movie : Episod 1 4.26
16. Lagenda Budak Setan 4.18
17. Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam 4.14
18. Remp – It 4.00
19. Evolusi KL Drift 3.90
20. V3 : Samseng Jalanan 3.88




    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

JEHAN MISKIN... TERKINI

Fesyen rambut terkini Jehan Miskin, ala-ala mohawk... Mungkin untuk watak drama yang dilakonkannya, atau sekadar ingin bergaya.


Klik untuk gambar besar...






    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010

09 July 2010

AKTIVITI SANA SINI...

KONSERT HUJAN VS BUNKFACE (10-11 JULAI)

Sebuah konsert sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 yang bakal menggabungkan dua band indie popular Malaysia, Hujan dan Bunkface. Konsert Hujan VS Bunkface bakal menggegarkan KL Life Centre pada 10 dan 11 Julai ini, 8.30 malam.

Konsert yang berkonsepkan 'battle of the band' di mana kumpulan Hujan dan Bunkface akan membuat persembahan secara berselang-seli ini adalah anjuran bersama Persatuan Warga Cinta Negara (Pecinta) dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) serta ditaja oleh Pujangga Kreatif Sdn. Bhd.

Selain menyampaikan lagu-lagu popular Hujan seperti 'Pagi Yang Gelap', 'Jiwa Kelajuan', 'Dugaannya', 'Bila Aku Sudah Tiada' dan 'Aku Skandal', sementara Bunkface dengan lagu-lagu hit seperti 'Ekstravaganza', 'Revolusi', 'Prom Queen, 'Situasi' dan 'Silly Lily', kedua-dua band indie ini turut menyanyikan beberapa buah lagu secara berkolaborasi.

Tiket-tiket berharga RM50 ini boleh dibeli terus di kaunter Ticket2u (Istana Budaya) atau di KL Life Centre pada hari-hari persembahan.


KONSERT RENTAK JUARA AKHIR (17 JULAI)

Pertandingan Akhir Rentak Juara, 17 Julai ini, 8.30 malam di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Siapakah yang bakal bergelar Juara?

Alamilah persembahan mantap generasi hebat ini yang tampil dengan tagline “Cipta Fenomena” dalam pencarian kumpulan muzik terbaik daripada kumpulan amatur mahupun profesional dalam negara. Masuk adalah percuma.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Unit Hiburan TV, RTM.


KONSERT DIR… SUARA 1MALAYSIA (18 JULAI)

Alunan suara harmoni Koir Kebangsaan yang mengadunkan konsep koir dan teater muzikal, nyanyian lagu-lagu popular Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Konsert ‘Dir…Suara 1Malaysia’ akan dipersembahkan oleh ahli-ahli Koir Kebangsaan di bawah pimpinan artis dan guru vokal terkenal, Syafinaz Selamat.

Alami getaran suara mantap menerusi konsert yang diadakan bagi mengenang jasa Dato’ Sudirman dalam industri seni muzik tanah air. Berlangsung18 Julai 2010 bertempat di KL Live Hall, Life Centre Kuala Lumpur dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Harga tiket RM25.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


MUZIKAL NANTA COOKING (23 – 24 JULAI)

Amatilah persembahan muzikal komik secara bukan lisan yang mantap hasil kreativiti antara persembahan gendang tradisional Korea yang dinamakan Samulnori, dengan kombinasi pergerakan akrobatik yang bertenaga serta drama muzikal pada 23-24 Julai 2010 ini di Plenary Hall, KLCC dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Muzikal Nanta Cooking membawa anda untuk merasai kehebatan memasak dengan komunikasi menggunakan pergerakan badan, ekspresi muka dan alunan bunyi menggunakan peralatan dapur.

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Centrestage Entertainment dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2010