16 August 2011

59 TAHUN NIKAH - MAK NANI TERUS TABAH

Bukan mudah mahu membina rumahtangga bahagia... Namun bagi Mak nani, 75, atau lebih dikenali sebagai Rosnani Jamil, artis veteran yang pernah berlakon bersama-sama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kebahagiaan yang dinikmatinya sekarang adalah kurniaan Allah SWT.

Beliau yang berkahwin ketika berusia 18 tahun, iaitu pada 12 November 1953 tidak pernah menyesal berkahwin muda. Katanya apa yang mereka lalui selama ini telah banyak mengajar mereka erti kehidupan yang sebenar.

Meskipun suaminya, Pak Jamil kini uzur kerana diserang kencing manis, darah tinggi dan gout... namun Mak Nani tak pernah mengeluh. Sebaliknya Mak Nani seronok menjaga suaminya itu kerana ia merupakan satu tanggungjawab sebagai isteri.

"Kesabaran adalah satu yang wajib. Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini jadi salah seorang pasti akan lakukan kesilapan. Sabar dan terima," ujar Mak Nani dipetik sebagai berkata.

"Sekarang ni sudah lima tahun Abah (panggilan untuk suaminya) guna kerusi roda, tapi itu tak halang kami keluar berjalan bersama. Malah Mak suka bawa Abah keluar bersantai dan makan-makan. Setiap kali ada sambutan harijadi, Hari Ibu atau Hari bapa, kami sekeluarga juga akan keluar," tambahnya.


Klik untuk imej besar...













.

No comments: