25 August 2011

KOMPLOT - RAJA AZMI MAHU SAMAN

Setelah dibebaskan daripada pertuduhan berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara Roslin Hashim, 35, pada 19 Ogos lalu... penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, mendedahkan ada komplot mahu menjatuhkan maruah keluarganya sekaligus menegaskan untuk menyaman tiga individu yang disyakinya itu.

"Konspirasi itu didalangi oleh tiga individu yang terdiri daripada bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, seorang ahli keluarga terdekat saya sendiri dan seorang tokoh sukan berpengaruh bergelar Datuk.

"Selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu dan sudah berbincang dengan peguam dan keluarga, saya rasa tindakan untuk menyaman tiga individu berkenaan adalah keputusan paling wajar.

"Saya akan heret mereka ke mahkamah untuk mendedahkan kebenaran dan memulihkan nama dan reputasi saya. Bukan saya mahu mengaibkan mereka atau memanjangkan kes ini tetapi untuk menyedarkan mereka atas fitnah dan penganiayaan yang dikenakan," katanya dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

"Saya sebenarnya sudah berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Norhayati atas tuduhan tersebut pada tahun lalu lagi tetapi terpaksa dilupakan selepas dihalang oleh suami, atas alasan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.

"Namun, kenapa dia sendiri yang mahu memanjangkan kes ini sehingga memaksa saya mengambil keputusan ini (saman)," tambahnya.

"Saya sudah bersedia dan tidak takut untuk menghadapinya (saman). Pada saya, tiada kuasa yang lebih besar daripada kuasa Allah," Jelasnya apabila ditanya adakah dia benar-benar bersedia untuk meneruskan saman berkenaan memandangkan ia turut melibatkan tokoh sukan berpengaruh.

"Fitnah yang dilemparkan itu sangat besar dosanya. Hanya Allah yang dapat menentukan hukumannya dan akan melindungi orang yang teraniaya. Baru saya sedar betapa sakitnya apabila difitnah.

"Bagaimanapun, Saya tidak menolak kebarangkalian untuk memaafkan individu terbabit di atas fitnah dan tindakan mereka sekiranya mereka bersedia untuk berbuat demikian secara terbuka.

"Kalau dia (Norhayati) mengakui (kesilapan), meminta maaf dan berbaik semula, pasti urusan ini akan menjadi lebih mudah dan tidak perlu turun naik mahkamah untuk membuktikan dia bersalah. Sebagai manusia, saya bersedia menerima maafnya.

"Namun, demi maruah dan reputasi, saman itu akan diteruskan bagi mendapatkan perintah mahkamah agar semua artikel dan laporan sepanjang kes khalwat saya dan Roslin yang diterbitkan di Internet dipadamkan sepenuhnya," katanya dengan linangan airmata.





No comments: