26 August 2011

ORLANDO BLOOM 'MINAT' KE NEW ZEALAND

Jika di Amerika Syarikat, penangkap gambar curi atau paparazi boleh berkeliaran sesuka hati 'memerangkap' artis dan celebriti, namun kali ini mereka mungkin mengalami masalah. Ini kerana, pasangan kekasih Orlando Bloom dan Miranda Kerr sedang merancang untuk berhijrah dari Los Angeles (LA) ke New Zealand.

Menurut sumber, pasangan itu sedang mencari sebuah rumah untuk tinggal di sana dan mereka telah meninjau beberapa lokasi menarik. Antara rumah yang menarik minat mereka ialah kediaman yang menyediakan sebuah bilik gimnasium persendirian, spa, kolam renang dan bar mini.

Malah Orlando juga akan berada di New Zealand dalam jangka masa yang lama untuk menjalani dua penggambaran di sana dan salah satunya adalah filem “The Hobbit”.

Tujuan lain pasangan itu berhijrah adalah untuk 'lari' daripada kepompong selebriti di LA sekaligus membuat mereka bebas bergerak seketika daripada dikejar paparazi.

"LA membuatkan saya rasa takut walaupun saya suka tinggal di sana. Bagaimanapun London lebih tenang buat kami. Kiranya jika mahu 'bersembunyi' kami akan ke London," katanya dipetik sebaga berkata.

Difahamkan, pasangan kekasih itu sering berulang alik di antara LA dan London untuk menjalankan tugas sebagai pelakon.


Klik untuk imej lebih besar...




Gambar curi Paparazi - Orlando, Miranda dan baby...










No comments: