Demikian berita sedih yang menimpa penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, apabila anak ketiganya Nur Aisyah Mariam, yang berusia tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak beberapa hari lalu.
Anak tersebut adalah anak sulung hasil perkongsian hidupnya dengan Sharonizam Noor yang juga seorang pelakon. Jenazah Nur Aisyah telah dimandikan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang ke kediamannya di Ampang sebelum dikebumikan hari ini sebelum Zuhur
“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.
“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.
“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.
“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya dipetik sebagai berkata.
Untuk info, melalui perkahwinan Safura sebelum ini, artis itu dikurniakan dua orang anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Manakala dengan suaminya sekarang, Sharonizam Noor, dia dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus serta kini sedang sarat mengandung lima bulan.
Klik untuk imej besar...
KENANGAN...Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak,
Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kanan) dan Yusoff Firdaus
Berita sedih itu turut disampaikan oleh rakan artis Amyza Adnan
No comments:
Post a Comment