Meskipun telah lama tidak bertemu, namun rindu Awi Rafael terhadap bapanya kian menebal... tambah-tambah di Hari Raya. Perpisahan tersebut berlaku gara-gara penceraian antara ibu dan bapanya sejak 17 tahun lalu hingga menyebabkan Awi tersepit dalam dilema.
"Sejak ibu dan bapa bercerai, bapa saya membawa diri ke Indonesia dan bekerja di negara itu menyebabkan kami semua sukar bertemu. Tambahan pula, bapa pun sudah ada keluarga baru.
“Bagaimanapun pada tahun ini, saya akan pulang beraya dengan ibu di Pontian, Johor. Tetapi sebelum itu, saya akan pulang ke Singapura untuk berjumpa dengan kakak di sana sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Saya hanya bercuti beberapa hari sahaja,” kata Awi dipetik sebagai berkata.
"Selepas itu, saya akan kembali sibuk dengan promosi lagu terbaru serta memenuhi jemputan sesi fotografi dan temu bual dengan pihak media. Dalam perkembangan lain, saya juga telah menjalani penggambaran muzik video lagu terbaru, 'Bila Aku Jatuh Cinta' di Indonesia.
“Saya mendapat maklum balas positif daripada peminat di Indonesia tentang lagu Bila Aku Jatuh Cinta. Selain itu, kawan-kawan di Indonesia memberitahu mereka meminati lakonan Neelofa sebagai model dan muzik video itu juga kini boleh ditonton di YouTube," ujarnya yang terpaksa tinggal sendirian di ibu kota.
No comments:
Post a Comment